Monday, July 22, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh : 22 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SKTPP
Pengacara Majlis : Puan Norsiah binti Mohd Noor

Senarai Guru Bertugas :
1. Encik Zurilazman bin Abdullah
2. Encik Wan Faizol bin Wan Mat
3. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
4. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim
5. Puan Norinna binti Mohamed
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Puan Norsiah binti Mohd Noor
8. Puan Azlina binti Mat Isa

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang). Bacaan doa oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla). Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norsiah binti Mohd Noor. Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla).
Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syahmi
Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh
Adik Ammar
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Puan Safinatunnajakh binti Mat Som
  • Pada hari Jumaat, semasa diadakan lawatan ke semua terminal, anjung, terdapat murid yang tidak menghormati duta-duta kecil yang bertugas.
  • Masih terdapat segelintir murid yang sama datang lewat ke sekolah. Pastikan sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi sebelum jam 7.20 pagi.
  • Seterusnya, penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas pada minggu lepas. Hadiah disampaikan oleh Puan Azizah binti Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran, SK Taman Putra Perdana.
  • Keputusan Keceriaan Kelas :
          Kelas PPKI
  • Tempat Pertama : Pentanque
  • Tempat Kedua : Squash
  • Tempat Ketiga : Soccer
          Tahun 4
  • Tempat Pertama : 4 Jujur
  • Tempat Kedua : 4 Harmoni
  • Tempat Ketiga : 4 Gigih
         Tahun 5
  • Tempat Pertama : 5 Vanadium
  • Tempat Kedua : 5 Titanium
  • Tempat Ketiga : 5 Platinum
        Tahun 6
  • Tempat Pertama : 6 Gambus
  • Tempat Kedua : 6 Canang
  • Tempat Ketiga : 6 Angklung
Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh
Puan Safinatunnajakh



3.0 Ucapan Guru Bertugas - Puan Norsiah binti Mohd Noor
      Tema : Hormati dan Sayangi Ibu bapa. 
      Antara cara hormat dan sayang ibu bapa ialah:
  • Bercakap lemah lembut dengan mereka.
  • Hulurkan bantuan dengan ikhlas.
  • Jangan bebankan ibu bapa dengan perkara yang boleh dilakukan sendiri (basuh pakaian, persiapan untuk sekolah dll)
  • Sentiasa mendoakan mereka berdua.
  • Bersifat tawaaduk.
Ucapan guru bertugas minggu ini oleh
Puan Norsiah
Barisan guru berugas minggu ini
4.0 Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu : Muka tembok yang bermaksud tidak berasa malu
  • Bahasa Inggeris : Drowning yang bermaksud lemas
  • Bahasa Arab : فندق yang bermaksud hotel
5.0 Ucapan Puan Juli binti Mahbah
  • Beliau memaklumkan kepada murid tentang dua perkara :
  1. Duta kecil perlu bekerjasama menjaga barang-barang atau buku di tempat mereka bertugas. Sebabnya ada aduan tentang kehilangan barang-barang dalam bilik-bilik yang dijaga oleh duta-duta kecil.
  2. Semua murid perlu menulis perkataan LAWAD dan catat secara ringkas tentang maklumat yang guru sampaikan dalam buku Kalam Pendeta.
  3. Kuiz Kalam Pendeta akan diadakan sebulan sekali. Bagi bulan Julai, kuiz Kalam Pendeta pada 31 Julai (Rabu).
  4. Pertandingan buku Kalam Pendeta akan diadakan pada 30 Oktober. Semua murid perlu melengkapkan buku Kalam Pendeta mulai sekarang. Lima orang pemenang akan diambil daripada setiap darjah.
Ucapan Puan Juli
6.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran - Puan Azizah binti Mokhlas
  • Ucapan aluan kepada pihak pentadbir, guru dan murid-murid.
  • Memaklumkan bahawa hari Isnin hingga Rabu sekolah agak sibuk kerana APPSSCK, beliau meminta Ketua Kelas supaya dapat memastikan kelas terkawal dan cari guru jika guru terlambat.
  • Murid-murid diingatkan supaya menghormati tetamu dan menjaga tingkah laku masing-masing sewaktu penilaian APPSSCK dijalankan kelak.
  • Meminta agar semua murid bersungguh-sungguh semasa laungan unsur 'WOW' pada hari penilaian.
  • Memaklumkan kepada semua murid agar menghindarkan diri dari terjebak dengan penggunaan Vape yang sekarang ini dalam pelbagai bentuk.
Ucapan PK Pentadbiran, Puan Azizah
Disediakan oleh :
Zurilazman bin Abdullah

No comments:

Post a Comment