Sunday, July 28, 2019

Seminar UPSR 2019

Pada 27 dan 28 Julai 2019, Unit Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu Seminar UPSR di Dewan Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, Universiti Putra Malaysia bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Objektif utama seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan teknik-teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain itu, ianya juga sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada murid-murid Tahun 6 untuk lebih berkeyakinan menghadapi UPSR.

Seawal pukul 7.00 pagi, seramai 216 orang murid telah berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bagi tujuan pendaftaran sebelum berangkat ke Universiti Putra Malaysia dengan menaiki lima buah bas yang telah dibiayai oleh PIBG. Seminar ini telah dibahagikan kepada 4 slot bermula dari pukul 8.30 a.m. hingga 5.30 p.m.  Slot seminar bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik telah dijalankan pada hari Sabtu. Manakala, slot seminar bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains telah dijalankan pada hari Ahad.

Empat orang penceramah hebat telah dijemput iaitu Encik Muzaffar Bin Amir (Bahasa Melayu), Encik Ismail bin Mokhtar (Matematik), Encik Harpal Singh a/l Pritam Singh (Bahasa Inggeris) dan Encik Khairul Anuar bin Abd Azid (Sains) untuk menjayakan seminar ini.

Semoga Seminar UPSR ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid Tahun 6 dan  seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik di sekolah ini.

Berikut merupakan beberapa paparan kenangan sepanjang seminar itu dijalankan :

Murid-murid berkumpul di UPM

Murid-murid di dalam dewan

Sedang mendengar seminar

Murid-murid lelaki menunaikan solat zohor berjemaah

Murid-murid perempuan menunaikan solat zohor berjemaah

Guru-guru yang turut hadir menjalankan tugas

Penceramah bersoal jawab dengan murid 


Guru-guru turut hadir

Penyampaian cenderahati

Penyampaian pengetahuan

Guru-guru bersama Guru Besar

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Gambar berkumpulan

No comments:

Post a Comment