Monday, July 8, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-25 (Sesi Petang)

Tarikh : 8 Julai 2019
Masa : 1:20 - 2:00 petang
Guru Bertugas:
1. Encik Saifullah
2. Encik Junaidi
3. Puan Yani
4. Puan Nor Azian
5. Puan Norhidayu
6. Cik Zalina
8. Puan Nik Bahirah
9. Puan Siti Maziah

 Laporan perhimpunan: Perhimpuan dijalankan seperti biasa.
Agenda perhimpunan adalah seperti berikut:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Jalanraya oleh Cik Zalina serta ikrar murid oleh ketua pengawas petang.
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Hariz)
4.1 Mengingatkan kepada murid adab kepada guru-guru, rakan sekelas dan semua warga sekolah.
4.2 Duduk di dalam kelas dan tunggu sehingga guru datang terutamanya waktu Pendidikan Jasmani. Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa iringan dan kebenaran guru.
 4.3 Masalah penggunaan tandas. Murid tidak dibenarkan keluar beramai-ramai untuk pergi ke tandas. Murid perlu memakai pas keluar jika ingin ke tandas.

5. Ucapan guru bertugas (Cik Zalina)
5.1 Cik Zalina mengumumkan nama guru-guru bertugas pada minggu ini.
5.2 Cik Zalina mengumumkan pemenang pertandingan kebersihan Kelas :-
Tahun 1 - Johan - 1 Oracle N. Johan - 1 Windows Ketiga - 1 Unix
Tahun 2 Johan - 2 Samsung N. Johan -2 Vivo Ketiga - 2 Nokia
Tahun 3 Johan - 3 Al-Biruni N. Johan - 3 Al-Farabi Ketiga - 3 Ibnu Khaldun

5.3 Cik Zalina menerangkan tentang tema mingguan - Jujur dan Amanah.     Murid-murid perlu menjaga kepercayaan guru terhadap mereka contohnya menyiapkan kerja sekolah yang diberi

5.4 Beliau juga memnyampaikan maklumat tentang pertandingan Saya Mahir 1, 2 dan 3.

5.5 Beliau menjemput Puan Suriyana untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Puan Suriyana selaku wakil Panitia Matematik mengumumkan pemenang bagi pertandingan Saya Mahir 1, 2 dan 3. Hanya murid Tahun 1 sahaja yang terlibat.
Pertandingan telah diadakan pada 2 Mei 2019 dan berlangsung di dalam kelas semasa waktu pengajaran Matematik.

6. LAWAD
6.1 BM - mengadun
6.2 BI - reuse (guna semula)
6.3 ARAB - daftarun (buku teks)

7. Ucapan GPK Petang (Puan Jumilah Ahmad)

7.1 Puan Jumilah memberi amaran kepada murid-murid supaya tidak memanjat mana-mana tembok untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan.

7.2 Beliau juga menasihati supaya murid-murid menjaga keselamatan diri seperti pada waktu rehat. Tidak memasuki kelas semasa waktu rehat.

7.3 Menegur murid supaya lebih beradab semasa masuk ke pejabat.

7.4 Beliau berharap semua murid dapat mematuhi peraturan sekolah dan sentiasa berdisiplin.

 Perhimpunan tamat pada 2:00 petang.

No comments:

Post a Comment