Monday, July 8, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-25 (Sesi Pagi) 2019

Tarikh: 8 Julai 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Nadiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)

Pengacara majlis: Adik Nadiah Wardina 
Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Encik Mahadir bin Midun
3. Puan Astina binti Mahad Nor
4. Puan Juli binti Mahbah
5. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
7. Puan Junaidah binti Rus
8. Puan Roseniza binti Setapa
9. Puan Murni binti Abdullah

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu ke-25, 2019
Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Faridatul Akmal binti Ismail
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal
Puan Faridatul Akmal binti Ismail

Adik Ebby Nurul Elyana, Adik M.Syahmi Wafiq dan Adik M.Amar
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (01.07.19 - 05.07.19) disampaikan oleh Puan Julaili binti Onian

Puan Julaili binti Onian
  • Semua murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing. Murid-murid perlu berdisiplin menjalankan tugas mengikut jadual tugasan yang telah disediakan oleh guru kelas. 
  • Suiz elektrik perlu ditutup apabila hendak meninggalkan kelas
Laporan (Pengumuman Kelas Terbersih).
Tahun 4:
Johan - Dedikasi
Naib Johan - Jujur
Tempat Ketiga - Fokus

Tahun 5:
Johan - Titanium
Naib Johan - Ferum
Tempat Ketiga - Platinum

Tahun 6:
Johan - Gambus
Naib Johan - Canang
Tempat Ketiga - Kompang

Kelas PPKI:
Johan - Petanque
Naib Johan - Squash
Tempat Ketiga - Soccer





3. Ucapan guru bertugas minggu ini (08.07.19 - 12.07.19) oleh Puan Faridatul Akmal binti Ismail

Ucapan guru bertugas minggu ini
Perkataan LAWAD:
BM : Bombastik - luar biasa
BI : My pleasure - sama-sama
BA : Jazakallah - terima kasih

Tema: Jujur dan Amanah Amalan Mulia
Jujur bermaksud mengakui serta berkata benar atau memberi sesuatu yang sesuai dengan apa yang benar-benar terjadi. Sifat jujur adalah salah satu sifat yang baik yang dimiliki oleh manusia. Orang yang memiliki sifat jujur merupakan orang yang bersifat mulia.

Amanah bermaksud dipercayai. Amanah merupakan salah satu daripada sifat Rasullah S.A.W. Orang yang menjaga amanah biasanya disebut orang yang bertanggungjawab.

Hikmah daripada sifat jujur dan amanah :
1. Mendapat kepercayaan daripada ramai orang
2. Mendapat ramai kawan dan saudara
3. Hidupnya akan sentiasa tenang dan sentiasa beroleh kejayaan

Sifat jujur dan amanah harus menjadi sifat keperibadian kepada setiap individu untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Kita harus mengetahui dan mengamalkan sifat amanah dan jujur. Ini kerana menuntut ilmu adalah amanah dan tanggungjawab yang harus ditunaikan supaya kita sentiasa di atas jalan yang betul, juga dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

4. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada guru dan murid PPKI yang menyertai Agoonoree Pengakap Kebangsaan Terengganu 2019

Pengacara: Puan Noor Hayati bt Yusof
Tarikh: 1 hingga  4 Julai 2019
Hari: Isnin hingga Khamis
Tempat: Kem Pengakap Tengku Mahmud Ismail, Kuala Nerus
Peserta:
1. Munirah wafiah bt Zamri
2. Puteri Nurdini Damia bt Muhammad
3. Ameera Aqilah bt Azri Amir
4. Nurqistina Damia bt Abdullah

Guru Pengiring:
1. Puan Noor Hayati bt Yusof
2. Puan Maizan bt Abdullah

Pencapaian:
Membantu kontingen Selangor mencapai Taraf Perkhemahan Terbaik Kebangsaan

Puan Noor Hayati bt Yusof

Tahniah

Tahniah

Terpancar kegembiraan di wajah guru dan peserta
5. Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta yang menyertai Perkhemahan Pertolongan Asas (PCA) BSMM Peringkat Daerah Sepang

Pengacara: Puan Norlida binti Othman
Tarikh: 5 hingga  7 Julai 2019
Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: SJKC Sin Ming
Peserta:
1. Muhammad Irfan Darwish bin Saifulazairudin - 4 Jujur
2. Nur Erina Syafiah binti Mohd Dzuha - 4 gigih
3. Balqis Sofea binti Muhammad Isa - 4 Jujur
4. Qhalesya Nuriman binti Muhammad Khairul Azam -4 Jujur
5. Farish Arsyad bin Mohamad Faizal - 5 Uranium
6. Sabreen Nisrina bt Shahrullinizam Salwi - 5 Vanadium
7. Muhammad Adam bin Muhammad Jadi - 5 Kuprum
8. Nur Amira Danisa binti Mohd Dzuha - 5 Vanadium
9. Nurul Iftitah binti Asfarizman - 5 Vanadium
10. tengku Putri Eryna binti Tengku Ekhzara Putra - 5 Uranium
11. Mohd Ammar Fahim bin Mohd Hafizi - 5 Kuprum
12. Muhammad Raif bin Rahmad - 6 Rebana
13. Muhammad Syazeel bin Sallehudin - 6 Seruling
14. Ira Faizal Khusumah binti Abdullah - 6 Gambus

Puan Norlida bt Othman

Para peserta menerima sijil yang disampaikan oleh PK Kokurikulum

6. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum - Encik Shahrizal bin Ya'am
  • Tahniah atas kehadiran murid pada hari ini. Kehadiran murid pada hari-hari persekolahan adalah wajib.Murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu dikehendaki;
  1. Memaklumkan kepada pihak sekolah melalui guru kelas dengan segera
  2. Membawa bersama surat akuan doktor@surat daripada penjagaapabila hadir semula ke sekolah
  • Tahniah kepada peserta perkhemahan daripada pasukan pengakap PPKI dan BSMM kerana telah berjaya menamatkan perkhemahan dengan jayanya di peringkat kebangsaan dan juga daerah pada minggu lepas. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada peserta-peserta yang telah mengikuti perkhemahan Perdana UB anjuran PPD Sepang dan SKTPP2 pada 28 - 30 Jun yang lalu. 
  • Selamat maju jaya kepada atlet dan peserta yang berjuang dalam kejohanan dan pertandingan pada minggu ini dan minggu hadapan iaitu:
  1. Bola sepak MSSS
  2. Choral Speaking peringkat negeri Selangor
  3. Kalam Jama'ie peringkat Daerah Sepang
  4. Karnival Sains Sepang
  5. Pertandingan nasyid KAPI peringkat kebangsaan
  • Murid-murid dinasihatkan terus datang ke sekolah pada awal pagi dan balik ke rumah selepas tamat waktu persekolahan. Jangan mengikut kawan pergi ke tempat-tempat lain tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa.
Ucapan PK Kokurikulum

Gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan:



Barisan guru wanita

Suasana perhimpunan sesi pagi

Sekian, terima kasih.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.35 pagi

No comments:

Post a Comment