Monday, July 29, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Petang)

Hari       : Isnin
Tarikh    : 29 Julai 2019
Masa      : 1.20 - 2.50 petang
Tempat   : Tapak Perhimpunan

Guru bertugas : 
En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin (K)
Pn. Nor Arzah binti Hussin (P)
En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
Pn. Nor Maziah bt. Abd Malek
Pn. Azizah bt. Abd Hamid
Cik Amalina bt. Abd Hamid

Guru Bertugas Minggu ke-28

Laporan Perhimpunan : 
Perhimpunan dimulai dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah diikuti dengan bacaan doa.

1. Laporan guru bertugas minggu ke-27 oleh Pn. Azlin. 


Pn. Azlin selaku wakil guru bertugas minggu ke-27

a) Isu Kecederaan Murid 
Pn. Azlin menegur isu kecederaan yang banyak berlaku pada minggu ke-27. Selepas disoal siasat, punca utama kecederaan berlaku adalah kerana murid suka berlari-lari di kawasan yang tidak dibenarkan. Walaupun banyak kali telah ditegur oleh para guru, baik semasa perhimpunan mahupun sebelum bacaan doa selepas makan, tetapi murid masih melakukannya. Tindakan yang lebih tegas akan diambil pada murid yang suka berlari.

b) Isu Kesihatan Murid
Pn. Azlin menegur murid yang telah jatuh sakit sejak dari rumah agar berehat di rumah. Ini kerana apabila murid yang sakit teruk tetap hadir ke sekolah, guru terpaksa hubungi ibubapa untuk membawa mereka pulang ke rumah. Hal ini terpaksa dilakukan kerana murid mengadu pening kepala, sakit perut, muntah, nampak lesu, badan panas dan mata kemerah-merahan.

2. Tema Mingguan: Kenali Jalur Gemilang oleh Pn. Azizah. 


Pn. Azizah sedang memperkenalkan Jalur Gemilang kepada murid.
Sesuai dengan bulan kemerdekaan, Pn. Azizah memperkenalkan apa itu Jalur Gemilang kepada murid. Sejarah ringkas, beliau telah memberikan maksud warna dan bentuk yang ada pada Jalur Gemilang; Merah (keberanian), Biru (perpaduan), Kuning (warna DYMM Raja-Raja), Putih (kesucian) dan Bulan dan Bintang (Agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia). 

3. Perkataan Lawad: 

Bahasa Melayu  : menongkah (menyambung panjang pada bahagian atas kain)
Bahasa Inggeris : bright (bersinar)
Bahasa Arab      : mirwahatun (kipas)

4. Penyampaian Anugerah Keceriaan Kelas 


Antara gambar pemenang Anugerah Keceriaan Kelas

5. Ucapan oleh Guru Besar; Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali 


Ucapan oleh Pn. Hjh Rohaidah

a) Isu Kesihatan Murid 

Pn. Hjh Rohaidah bersetuju dengan laporan yang telah disampaikan oleh Pn. Azlin mengenai isu kesihatan murid. Beliau mengingatkan agar murid yang tidak sihat jangan hadir ke sekolah dan berehat di rumah

b) Isu Kebersihan Sekolah 

Pn. Hjh Rohaidah telah menegur masalah kebersihan di sekitar kawasan sekolah. Murid perlu mengamalkan sikap cintakan kebersihan dan amalan membuang sampah ke dalam tong sampah perlu dipupuk.

c) Ucapan Tahniah sempena kelancaran APSSCK 2019

Pn. Hjh Rohaidah mengucapkan ucapan tahniah serta terima kasih kepada para guru dan murid atas kelancaran APSSCK pada minggu lepas. Beliau kagum kerana tiada masalah disiplin yang telah dilaporkan sepanjang APSSCK berlangsung. Pn. Hjh Rohaidah juga berharap murid akan menjaga kebersihatan dan tidak merosakkan terminal-terminal serta anjung-anjung yang telah diubahsuai & diceria demi untuk kegunaan pdpc murid-murid.

6. Penyampaian Hadiah Pertandingan 

a) Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor 2019 





Antara gambar penyampaian sijil kepada peserta Karnival IMfree Peringkat Negeri Selangor 2019

b) Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019


Adik Ahmad Aqil (3 Ibn Thufail)

Pengumuman 
Cuti Umum pada 30 Julai 2019 bersempena Hari Pertabalan DYMM Seri Paduka BagindaYang Dipertuan Agong Ke-16

Perhimpunan ditamatkan jam 2.50 petang.

No comments:

Post a Comment