Friday, April 8, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-3 (Sesi Petang)

Tarikh: 4 April hingga 8 April 2022 
Hari: Isnin hingga Jumaat 
Masa: 1.10 hingga 5.30 petang
Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan C: 
1. Saifullah bin Mat Saupi (K) 
2. Amalina binti Abd Hamid (P) 
3. Nurul Hanani binti Mohamad Kamal 
4. Nazahiyah binti Ab Rahman 
5. Zabedah binti Othman 
6. Nor Farhani binti Mukhtar 
7. Khairiah binti Razali 
8. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain 
9. Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin 
10. Fadhilah binti Talib 

Alhamdulillah sesi persekolahan pada minggu ini iaitu minggu ke-3 bagi sesi persekolahan 2022/23 berjalan dengan lancar. Ini merupakan minggu pertama bagi murid-murid berpuasa di bulan Ramadan. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah. Malah mereka nampak bersemangat dan ceria dengan disambut oleh pentadbir, guru-guru bertugas mingguan dan guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K).
    Semasa tiba di sekolah, guru-guru sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan menggunakan pencuci tangan yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau mencuci tangan menggunakan air sabun di singki yang terdapat di kedua-dua pagar A dan B. Mereka juga sentiasa diingatkan agar mengamalkan SOP seperti beratur mengikut barisan dan tidak bersesak semasa menuju ke dewan.

Berikut dikongsikan gambar perjalanan persekolahan dan aktiviti yang dijalankan pada minggu ini.

Kedatangan Murid di Pagar A

Kedatangan murid di Pagar B

Murid-murid berada di dewan menunggu pertukaran sesi untuk masuk ke kelas.

Suasana waktu rehat di bulan puasa

Suasana ketika murid balik di Pagar A

Suasana ketika murid balik di Pagar B.  

Pelancaran Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan sesi petang oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Penyampaian sumbangan KKGK kepada Ustazah Nur Rihazrin binti Rahman atas pemergian ibu yang tercinta tempoh hari. Semoga ustazah sekeluarga tabah dengan ujian Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan C sesi petang atas kerjasama dan komitmen kita bersama dalam melancarkan tugasan kita pada minggu ni. 
"The strength of the team is each individual member
The strength of each member is the team"

Hadiah pemberian daripada ibu murid Tahun 1 semasa waktu balik di Pagar B. Terima kasih daripada kami, guru bertugas di Pagar B pada hari Jumaat iaitu Cikgu Nik Rosmaliza, Cikgu Nazahiyah dan Cikgu Siti Maziah. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga.

Disediakan oleh:
Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

No comments:

Post a Comment