Tuesday, April 26, 2022

Program World "Quran Hour" 2022 SK Taman Putra Perdana

Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah kita meneruskan ibadah pada bulan mulia ini dengan program World "Quran Hour" 2022. 

Program ini telah berlangsung serentak di seluruh negara dengan jayanya pada 26 April 2022 (Selasa) selama 1 jam bermula 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. SKTPP juga tidak melepaskan peluang yang ada. Ia telah disertai oleh semua warga sekolah termasuk murid, guru dan staf sekolah. 

Aktiviti "Quran Hour" ini dimulakan dengan selawat oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah bersama guru-guru lain dan terus memulai bacaan Surah As-Sajadah bersama murid-murid di dalam kelas. 

Surah As- Sajadah diangkat pada tahun ini sesuai dengan tema 'Dunia Bersujud". Surah ini dijadikan tema pada tahun ini kerana ia relevan dengan situasi kita selepas Covid-19. Selama 2 tahun kita semua diuji dan perlu bersujud kepada Allah sebagai ikhtiar kita semua bangkit kembali dengan jiwa dan semangat yang baharu. 

Program ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri dengan membaca Al-Quran dan memupuk silaturrahim antara warga sekolah. Semoga program ini terus dijalankan pada masa akan datang, InsyaAllah. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang dapat dirakam sepanjang World "Quran Hour" 2022 : 

"Quran Hour" berlangsung serentak seluruh negara. 

Ustaz Zurilazman mengetuai bacaan Surah As-Sajadah

Murid dan guru PPKI tidak ketinggalan menyertai program ini. 


Murid Tahun 4 

Murid Tahun 5

Murid Tahun 6

Semoga acara ini memberi manfaat buat kita semua dalam menghayati ibrah surah As - Sajadah

No comments:

Post a Comment