Friday, April 15, 2022

Program Transisi Tahun 1 : Minggu Ketiga (4 April – 8 April 2022)

Syukur alhamdulillah, Program Transisi Tahun 1 kini telah beralih daripada Fasa Pertama iaitu FASA PENYESUAIAN (DUA MINGGU – 21 MAC HINGGA 31 MAC 2022) kepada Fasa Kedua iaitu FASA KESEDIAAN (DUA MINGGU – 4 APRIL HINGGA 15 APRIL 2022). Minggu ini merupakan minggu ketiga anak-anak Tahun 1 berada dalam program transisi. Pelbagai aksi, ragam dan keletah yang telah dilihat. Syukur mereka sentiasa ceria dan bersemangat meneruskan persekolahan.

Antara tujuan pelaksanaan Fasa Kesediaan ialah 

  • Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.
  • Memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan PdPc dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan.
  • Meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi sosial dan membentuk sikap positif dalam    pembelajaran.

    Dalam fasa ini, kesediaan murid mengikut aras pembelajaran dan minat mereka dapat dikenalpasti. Pendekatan yang disarankan dalam fasa ini ialah pendekatan bertema.

    Murid-murid kelihatan telah mula mesra dengan suasana sekeliling dan dapat menyesuaikan diri masing-masing. Mereka juga sentiasa kelihatan bersemangat dalam pembelajaran di kelas. Semoga anak-anak Tahun 1 terus cemerlang melangkah ke hadapan untuk menggapai dan melakar kejayaan. Salam kecemerlangan buat seluruh anak-anak Tahun 1 SK Taman Putra Perdana.

*Berikut ialah lampiran untuk perkongsian bersama.


  Jadual aktiviti bagi Fasa 2 : Fasa Kesediaan (Perdekatan bertema)   Pembelajaran bertema pada setiap hari bagi  mengenalpasti kemahiran dan kebolehan murid-murid serta penerapan nilai.

Suasana murid-murid hadir ke sekolah dan berkumpul di dewan mengikut kelas masing-masing sebelum masuk ke kelas. Murid-murid telah pun pandai mencari barisan kelas mereka.

Murid-murid berbaris di luar kelas pada waktu balik dan dibawa ke pagar B oleh guru mata pelajaran terakhir. Wajah mereka tetap bersemangat dan ceria.


Disediakan oleh :

Nur Rihazrin Bt Rahman

No comments:

Post a Comment