Friday, April 15, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-4 (Sesi Petang)

Hari    : Isnin - Jumaat

Tarikh  : 11 - 15 April 2022

Senarai nama guru bertugas kumpulan D:

1) En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2) Pn. Norazah binti Mohd Ali

3) Pn. Halijah binti Mihat

4) Pn. Rohani binti Mansor 

5) Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6) Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7) Pn. Nashirah binti Taib

8) Pn. Salina binti Mohd Tasu

9) Pn. Nur Azizati binti Ahmad

10) Pn. Rabihah binti Amiruddin


Alhamdulillah, syukur kepada Allah selesai sudah sesi persekolahan minggu ke-4 sesi petang dan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar. Kehadiran murid amat memuaskan dan seperti biasa semua murid dapat mematuhi SOP sekolah yang telah ditetapkan. Minggu ini kehadiran murid tahun 3 masih secara penggiliran manakala tahun 1 dan 2 secara bersemuka tanpa penggiliran.

Pada hari Jumaat 15 April 2022 telah diadakan 2 majlis ringkas iaitu Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2022/2023 dan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang diadakan di Dewan Perdana SKTPP. Majlis disempurnakan serta dihadiri oleh GPK Petang, beberapa orang guru dan murid terpilih sahaja mengikut SOP. Majlis berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada barisan AJK Program Transisi, guru tahun 1 dan Guru Bimbingan & Kaunseling atas penganjuran majlis yang ringkas dan padat itu.

Berikut gambar yang sempat diambil sepanjang minggu ini.

Kehadiran murid di pagar A

Murid membasuh tangan sebelum masuk ke sekolah

Kehadiran murid di pagar B

Murid membasuh tangan di pagar B

Guru bertugas menunggu kehadiran murid

Guru bertugas sedang berusaha menenangkan murid tahun 1

Penyampaian hadiah murid terbaik semasa Program Transisi Tahun 1


Simbolik penyerahan Program Mentor Mentee kepada penyelaras tahun

Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Bersama kita saling menolong,
Supaya sepakat membawa berkat.

Tahniah kepada semua warga sekolah khususnya guru bertugas minggu ini yang mengatur dan memastikan perjalanan persekolahan berjalan dengan baik. Kerjasama semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

Pn. Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment