Friday, September 30, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Pagi)

Tarikh: 26 September 2022 hingga 30 September 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat
Tema: Hormat-menghormati


Senarai Nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Pn Norli binti Hassan (K)
2. Pn Astina binti Mahad Nor (P)
3. Pn Norsiah binti Mohd Nor
4. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Pn Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Pn Juli binti Mahbah
7. En Zurilazman bin Abdullah
8. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Pn Norinna binti Mohamed
10. Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson 
11. En Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
12. Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh: 26 September 2022
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Nur Iylia Balqis binti Md Rostam, 6 Ibnu Sina
Tema warna: Biru
Tema ucapan: Hormat-menghormati

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar.

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga buah lagu dipimpin oleh Adik Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail).
  • Bacaan doa dipimpin oleh Adik Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari (6 Ibnu Khaldun).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson.
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Adik Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail).

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-24 disampaikan oleh Puan Mas Ayu binti Arifin

  • Semasa waktu rehat, murid perlu makan dengan beradab di kantin dan pastikan plastik bungkusan ke dalam tong sampah.
  • Hari Jalinan Mesra yang dilaksanakan pada minggu lepas, berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan murid yang hadir. Ucapan tahniah kepada murid yang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada murid yang kurang cemerlang, diharap tidak berputus asa dan perlu teruskan usaha.

3.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson. Tema: Hormat-menghormati

  • Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan. Contohnya bercakap dengan sopan, sentiasa tolong-menolong, sentiasa memberi senyuman, tidak mengejek orang lain atau budaya orang lain. 
  • Siapakah orang yang perlu dihormati? Orang yang kita perlu hormati ialah ibu bapa, para guru, orang yang lebih tua, jiran, rakan-rakan, budaya atau adat resam orang lain. 

LAWAD pada minggu ini:

Bahasa Melayu : Ada bakat - mempunyai bakat
Bahasa Inggeris : Throw - campak
Bahasa Arab :  - دُكَّان - kedai 

4.0 Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada 9 orang PKK (gabungan murid Tahun 4, 5 dan 6) yang mengikuti Klinik Kemahiran & Kayuhan Basikal oleh Puan Norazian binti Mat Anuar.

  • Program ini adalah anjuran pihak JPJ & Majlis Keselamatan Jalan Raya Selangor. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Arsyad bin Aldy Anuar yang menduduki tempat ke-3 dalam kategori Kuiz Jalan Raya. Manakala kategori Berkumpulan, SKTPP telah mendapat Johan Pembentangan Peralatan Keselamatan Basikal, 

5.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah binti Mokhlas

  • Murid-murid perlu berusaha mempertingkatkan prestasi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) masing-masing. Kepada murid yang telah memperoleh Tahap penguasaan Keseluruhan yang cemerlang iaitu TP6, perlulah mengekalkan prestasi ini. Jika sebaliknya, murid perlu lebih fokus ketika belajar, memperbanyakkan latih tubi topik yang lemah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam setiap subjek yang dipelajari. 

Barisan Guru Bertugas Kumpulan A

Pengacara Majlis: Adik Nur Iylia Balqis binti Md Rostam, 6 Ibnu Sina

Barisan petugas manaikkan bendera

Semua warga SKTPP menyanyikan 3 buah lagu (Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah) di bawah pimpinan Adik Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail)

Bacaan Doa di bawah pimpinan Adik Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari (6 Ibnu Khaldun)

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya di bawah pimpinan Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson  

Bacaan Ikrar Murid di bawah pimpinan Adik Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail)

Laporan bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Mas Ayu 
 
Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada 9 orang PKK (gabungan murid Tahun 4, 5 dan 6) yang mengikuti Klinik Kemahiran & Kayuhan basikal) oleh Puan Norazian binti Mat Anuar

Tahniah kepada semua peserta PKK

Ucapan oleh Puan Azizah binti Mokhlas, PK Pentadbiran

Jom lihat lagi gambar-gambar murid dan guru sepanjang minggu ke-25:


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment