Friday, September 2, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)

     Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah kami Kumpulan D (sesi pagi) menjalankan tugasan kumpulan bertugas pada minggu ke-22 ini. Segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan baik dan terkawal sementelah murid-murid telah menjalani Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik yang lepas.    

    Minggu ini merupakan giliran kumpulan D (sesi pagi) bertugas, ahli kumpulan adalah seperti berikut :

BIL

NAMA GURU

1

PN UMI NAZRAH BT SAHARONI (KETUA)

2

PN NOR-AZURA BT MUSTAFA (PEN. KETUA)

3

PN NOR HANIM BT ISMAIL

4

PN ZAILIEZAH BT SARDI

5

PN ARNNY YUSNITA BT MD ENARJI

6

EN SRIMAHATHEVAN A/L VADIVELU

7

PN NORZAINON BT MOHD RAZALLI

8

PN NORLIDA BT OTHMAN

9

PN NORAZIAN BT MAT ANUAR

10

PN ARJUNAWATI BT AHMAD NUZE

11

CIK AZWANE BT ADNAN

12

PN NORFAUZIATON BT ALI MOHAMED



   Tema warna pada minggu ini ialah merah jambu & tajuk minggu ini merupakan jimat cermat. Emcee guru bertugas Pn. Nor Hanim bt Ismail telah menerangkan konsep jimat cermat kepada murid. Definisi jimat cermat, kebaikan dan kepentingannya dalam kehidupan. Murid juga telah mencatat perkataan LAWAD yang telah disampaikan oleh guru bertugas.

BAHASA

PERKATAAN LAWAD

MAKNA

MELAYU

Asal jadi

Berhasil

INGGERIS

Steal

Mencuri

ARAB

فناء

Dataran/ halaman

Ahli Guru Bertugas Kumpulan D

Murid-murid berhimpun di Dewan Perdana SKTPP

    Guru bertugas minggu ke-21,  Pn. Rosmizawati bt Yusub telah menyampaikan laporan sepanjang minggu lalu terutama yang berkaitan dengan peraturan sekolah serta murid-murid diminta untuk mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan seperti tidak membawa barangan yang dilarang. Juga, nasihat kepada murid supaya menghormati dan menyapa guru sekiranya berjumpa dengan guru.

Emcee Guru Bertugas Pn. Nor Hanim minggu ini &
Laporan Guru Bertugas minggu lepas Pn. Rosmizawati.

     Pada minggu ini juga telah diadakan penilaian ujian SEGAK kepada murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) oleh guru-guru PJPK dan dibantu oleh guru kelas masing-masing. Murid diukur tinggi dan berat mereka untuk menilai tahap BMI yang sesuai dengan umur mereka.

Murid-murid diukur & dinilai oleh guru-guru PJPK

    Selepas rehat juga telah diadakan taklimat disiplin oleh Tn. Hj. Tarmiji bin Sabali bagi mengingatkan murid supaya tidak menyimpan rambut & kuku yang panjang serta beberapa perkara yang berkaitan dengan disiplin. Murid-murid juga dalam usaha menghias kelas masing-masing sempena Pertandingan Hias Kelas Tema Kemerdekaan yang akan diadakan pada bulan September nanti. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan patriotik dalam kalangan murid terutama sambutan bulan kemerdekaan yang telah berlangsung baru-baru ini. Begiu juga aktiviti bacaan Yasin yang telah diadakan setiap hari Jumaat merupakan aktiviti rutin murid dan guru setiap minggu. 


    Kami juga telah sama-sama meraikan kejayaan anak murid SKTPP yang telah  mendapat JOHAN dalam Kejohanan Lompat Tali (Terbuka bawah 10 tahun) iaitu MUHAMMAD DAIYAN IRFAN BIN MUHAMAD HASRUL dari kelas 2 Merpati. Murid ini telah menyertai Kejohanan Lompat Tali Siri 2, Negeri Selangor 2022  kategori Single Rope Free Style anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 27/8/22 di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tahniah diucapkan kepada murid ini. Semoga terus mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi lagi, Insyaallah.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Muhammad Daiyan Irfan.

Pencapaian yang membanggakan. Tahniah!

    Akhir kalam, mari sama-sama kita saksikan rangkuman aktiviti yang telah berlangsung sepanjang minggu ke-22 ini. Semoga kita semua sentiasa sihat dan sejahtera dalam peliharaanNya. 



    Sekian, terima kasih.


    Disediakan oleh : Pn Umi Nazrah bt Saharoni

No comments:

Post a Comment