Thursday, September 15, 2022

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah (Sesi Petang)

    Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 15 September 2022 (Khamis). Program penutupan sesi petang bermula pada pukul 2.00 petang bertujuan untuk meraikan penutupan bulan kemerdekaan serta memberi penghargaan kepada para pemenang yang telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang bulan kebangsaan ini.

    Majlis bermula sebaik sahaja ketibaan Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali dan Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah binti Hamid. Dipengerusikan oleh En. Hasbullah bin Zainal Abidin dan Puan Nik Rosmaliza binti Hussain. Ia diteruskan dengan ucapan Perasmian Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. 

Antara intipati ucapan beliau adalah mengingatkan tentang sambutan kemerdekaan negara yang berlangsung pada 31 Ogos baru-baru ini. Ia merupakan peristiwa utama dan sentiasa disambut secara besar-besaran bagi mengingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Murid-murid dinasihatkan supaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri agar ia menjadi benteng diri dari diganggu oleh unsur-unsur negatif dalam bentuk fizikal mahupun secara maya. Murid-murid diharapkan dapat menjadi warganegara yang berkualiti dan berdisiplin yang akhirnya negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang serta berwawasan. Ucapan terima kasih beliau kepada ahli jawatankuasa penganjuran program ini, guru-guru dan murid-murid yang telah memberi kerjasama yang baik. Tahniah atas kejayaan program ini dan semoga dapat diteruskan dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim beliau merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022 peringkat SK Taman Putra Perdana.

    Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan hadiah berbentuk hamper kepada pemenang-pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan kebangsaan ini seperti pertandingan di dalam kelas berbentuk Melukis, Mewarna dan Tulisan cantik, Pertandingan Pakaian Beragam bagi murid tahun 1, 2 dan murid moral, Pertandingan Koir bagi tahun 3, Pertandingan Hiasan Kelas mengikut tema kemerdekaan bagi tahun 1, 2 & 3 dan penyampaian hadiah secara individu pada majlis ini kepada guru-guru dan murid-murid yang terpilih bagi kategori Busana Tradisional Klasik Etnik Malaysia Terbaik.

Poster Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah

Di sini disertakan gambar-gambar dan juga video sepanjang aktiviti berlangsung:


Pengerusi Majlis : En. Hasbullah dan Pn. Nik Rosmaliza

Bacaan Doa oleh En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Ucapan Perasmian oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali
(Guru Besar SKTPP)

AJK P.A System oleh En. Nor AmirulFitri dan En. Wan Roswandy 



Ahli Jawatankuasa hadiah siap sedia dengan hadiah-hadiah yang menarik untuk pemenang pada hari penutupan ini. Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menyediakan hadiah-hadiah menarik ini.




Suasana yang meriah dalam kalangan guru dan murid. Wajah ceria dan teruja murid-murid dengan memakai pakaian tradisional dan pakaian kebangsaan. Jelas kelihatan semangat kemerdekaan dalam jiwa mereka.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang: Keceriaan Kelas Tema Kemerdekaan.

KEPUTUSAN PEMENANG

Kecerian Kelas Tahun 1

Johan : PORSCHE

Naib Johan : BMW

Ketiga : HONDA


Kelas yang menang (Tahun 1)

KEPUTUSAN PEMENANG

Kecerian Kelas Tahun 2

Johan : MERAK

Naib Johan : TEMPUA

Ketiga : CAMAR


Kelas yang menang (Tahun 2)

KEPUTUSAN PEMENANG

Kecerian Kelas Tahun 3

Johan : TURQOUISE

Naib Johan : SAPPHIRE

Ketiga : AMBER


Kelas yang menang (Tahun 3)

Penyerahan hadiah kepada wakil guru kelas

 Tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang menang. Kepada kelas yang tidak mendapat tempat tetap juga mendapat hadiah saguhati kerana segala usaha daripada guru kelas dan murid-murid amat dihargai.

Penyampaian hadiah kepada pemenang: Pakaian Beragam Tahun 1

KEPUTUSAN PEMENANG

Pakaian Beragam Tahun 1

Johan : 1 CHEVROLET

Naib Johan : 1 PORSCHE

Ketiga : 1 HONDA


Penyerahan hadiah kepada pemenang dan hadiah saguhati





Barisan Hakim Tahun 1 

Pengerusi Majlis oleh Teacher Malisha

Murid-murid bersama guru kelas masing-masing

Peserta Bersama Guru Kelas

Peserta Murid Moral Tahun 1

KEPUTUSAN PEMENANG

Pakaian Beragam Tahun 2

Johan : 2 TEMPUA

Naib Johan : 2 ENGGANG

Ketiga : 2 CENDERAWASIH


Penyerahan hadiah kepada pemenang dan hadiah saguhati





Barisan Hakim Tahun 2

Pengerusi Majlis oleh Cikgu Hanani

Murid-murid bersama guru kelas masing-masing

Peserta Bersama Guru Kelas

Peserta Murid Moral Tahun 2

Peserta Murid Moral Tahun 2

KEPUTUSAN PEMENANG

Pakaian Beragam Tahun 3

Johan : 3 TOPAZ

Naib Johan : 3 TURQOUISE

Ketiga : 3 SAPPHIRE


Penyerahan hadiah kepada pemenang dan hadiah saguhati


Barisan Hakim Tahun 3

Pengerusi Majlis oleh Cikgu Hasbullah

Pertandingan Pakaian Beragam Kategori Individu (Pra Sekolah)

Barisan Hakim Pra Sekolah

Pengerusi Majlis Cikgu Nik Rosmaliza
 
Peserta Murid Prasekolah
Bersama Cikgu Azizah (Guru Prasekolah)

Acara-acara pertandingan ini dilaksanakan pada 9 sehingga 13 September 2022. Suasana yang seronok dan meriah dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Kerjasama di antara mereka sangat memberangsangkan. Murid-murid datang ke sekolah dengan berpakaian tema yang telah disiapkan oleh ibu bapa dan guru kelas memperkemaskan lagi, guru-guru menjadi konduktor bagi acara koir dan mereka sama-sama membuat hiasan kelas. Suasana sungguh meriah dengan iringan muzik dan lagu-lagu patriotik. Tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini. Bagi yang belum bernasib baik boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

Acara seterusnya adalah persembahan pemenang koir tahun 3 daripada kelas Topaz, Turqouise dan Sapphire serta pemilihan Busana Tradisional Klasik Etnik Malaysia Terbaik kategori guru dan murid diikuti penyampaian hadiah.

Pemenang Pakaian Tradisional Klasik Etnik Malaysia (Kategori Murid)
Pemenang Pakaian Tradisional Klasik Etnik Malaysia (Kategori Murid)

Pemenang Pakaian Tradisional Klasik Etnik Malaysia (Kategori Guru)

Pemenang Pakaian Tradisional Klasik Etnik Malaysia (Kategori Guru)

Sungguh lawa dan cantik Ustazah Halijah dan Cikgu Azmira dengan pakaian tradisional mereka

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah Pakaian Tradisional Klasik Etnik Malaysia ini, maka berakhirlah Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah pada tahun ini. Biarpun majlis sambutan ini diadakan secara sederhana, namun ia tetap disambut dengan meriah dan akan dikenang sampai bila-bila. Di akhir catatan ini, disertakan video-video persembahan guru-guru yang menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Semoga kita bertemu lagi sambutan kemerdekaan seperti ini pada tahun hadapan.




Disediakan oleh 
Salmi binti Adnan

No comments:

Post a Comment