Thursday, September 22, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-23 (Sesi Petang)

Tarikh                                     : 12 September - 15 September 2022

Kumpulan Guru Bertugas      : Kumpulan E

Alhamdulillah, sekolah kembali dibuka setelah 9 hari sekolah bercuti sempena Cuti Persekolahan Penggal kedua. Minggu ini merupakan giliran Kumpulan E bertugas. Alhamdulillah, dengan izinNya jua, perjalanan persekolahan minggu ini berjalan lancar.  Pada minggu ini juga berlangsungnya pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah.

Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Perhimpunan Rasmi pada minggu ini telah dikendalikan oleh Puan Maizara Mahat. Ianya dimulai  dengan Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa  yang diketuai oleh Adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman dan bacaan Rukunegara, Ikrar Sekolah dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya  oleh  Annisa Jannah binti Mohd Fadhil.

Pengacara Majlis; Pn. Maizara Mahat 

Adik Muhammad Syahmi mengetuai bacaan doa

Adik Annisa Jannah mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid

Semangat menyanyikan lagu Negaraku

Ikrar dilafaz tanda setia

Mengamin doa memohon keberkatan dari yang Maha Esa

Seterusnya, Pengacara Majlis memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu :

Bahasa Melayu                : Menekap (meniru)

Bahasa Inggeris               : Newspaper (surat khabar)

Bahasa Arab                     :   کرسي- kursiyyun (kerusi)

Manakala tema minggu ini ialah Budaya Membaca. Disertakan di sini intipati tajuk tema yang telah disampaikan oleh Pengacara Majlis, Pn. Maizara.

- Budaya membaca merupakan salah satu budaya yang amat penting dan perlu disemai dan diamal dalam kelompok masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

- Aktiviti membaca boleh dilakukan ketika berada di dewan, waktu rehat atau masa terluang ketika ketiadaan guru.

- Contoh-contoh bacaan adalah seperti buku cerita, buku teks, sudut-sudut bacaan yang terdapat di ruang-ruang koridor sekeliling sekolah, kantin dan di dalam kelas.

- Diharapkan semua murid dapat membaca bagi meningkatkan diri menjadi seorang yang berilmu dan berpengetahuan.

Majlis Perhimpunan Rasmi pada minggu ini diakhiri dengan memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Guru bertugas :

1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim

2. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

3. Pn. Nor Arzah binti Hussin

4. Pn. Hastipa binti Mat Daud

5. Pn. Shurhama binti Ahmad

6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar

7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak

8. Hajjah Zalina binti Ismail

9. Pn. Maizara binti Mahat

10. Pn. Nor Azian binti Ahmad


Guru Bertugas Kumpulan E

Berikut pula serba sedikit coretan ringkas rangkuman aktiviti yang telah berlangsung sepanjang minggu ini.

12 September 2022 (Isnin)                

- Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 1 & Baju Tradisional (Murid Moral)

13 September 2022 (Selasa)

- Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 2 & Baju Tradisional (Murid Moral)

- Pertandingan Koir Tahun 3

14 September 2022 (Rabu)

- Penjurian kelas bagi pertandingan Hiasan Kelas Bertemakan Kemerdekaan.

- Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League)

SKTPP telah menjadi Johan Kejohanan Malaysia Little League peringkat Daerah Sepang dan  seterusnya akan mewakili daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor. 
Tahniah diucapkan!



15 September 2022 (Khamis)

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, iaitu Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali. 

Pada majlis tersebut juga diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang  pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan. Antaranya, pertandingan mewarna poster, pertandingan tulisan cantik, pertandingan pakaian beragam, pertandingan koir lagu patriotik  dan pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan.

Pada majis tersebut juga, 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan dan seramai 12 orang murid dari kelas Tahun 1, 2 dan 3 telah dipilih sebagai pemenang Pakaian Bertemakan Etnik Klasik Terbaik.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang.


16 September 2022 (Jumaat)

Cuti Umum Sempena Hari Malaysia


Penutup:
Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E kerana berjaya melaksanakan tugas pada minggu ini dengan jayanya. 

Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih saudara dan saudari,
Atas komitmen yang telah dberi.

Disiplin murid juga terkawal. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada minggu ini dan murid-murid melalui setiap minit kehidupan ketika berada disekolah dengan gembira.


Kegembiraan murid ketika hadir ke sekolah

Keriangan ketika mejamah makanan

Kegembiraan menyambut Hari Kemerdekaan Negara

Jom balik!

Setia menunggu kehadiran ibubapa untuk dijemput pulang
 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :
Nor Azian binti Ahmad
Guru Bertugas Kumpulan E

No comments:

Post a Comment