Saturday, September 17, 2022

Tahniah Pemain Kriket SUKMA XX

Sukan Malaysia 2022 atau dikenali sebagai Sukan Malaysia 20 (SUKMA XX) merupakan sebuah temasya sukan yang diadakan di Kuala Lumpur dari 16 - 24 September 2022. Selamat bertanding buat semua peserta. Semoga para peserta akan menunjukkan prestasi yang terbaik dalam persaingan yang disertai dan seterusnya memberikan kejayaan kepada pasukan yang diwakili.


Bekas-bekas murid SKTPP tidak terkecuali turut terpilih dalam Kejohanan SUKMA XX kali ini..

Tahniah buat pemain kriket SKTPP & SRCC; Muhammad Akram bin Abdul Malek (4 wicket) serta Muhammad Syahir Syamael bin Shaari telah membantu pasukan Kedah menewaskan Negeri Sembilan dengan 9 wicket. Walaupun baru berumur 16 tahun tetapi mereka telah diberi kepercayaan bermain di gelanggang besar SUKMA. Penghargaan yang sangat besar buat bintang-bintang kriket ini. Tahniah!

Syamael

Akram bersama bapanya

Keputusan penuh

Komen yang memberangsangkan terhadap prestasi Akram.

Akram & Syamael pernah membantu Selangor menjadi Johan Kejohanan Kriket MSSM 2018 (sila klik di sini dan di sini).

Teruskan kecemerlangan & semoga berjaya di perlawanan-perlawanan seterusnya. All the best!

Jadual penuh SUKMA XX MSN 2022 boleh dilihat di sini.

No comments:

Post a Comment