Sunday, September 25, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-24 (Sesi Petang)

Tarikh : 19 - 23 September 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Tema : Gaya Hidup sihat

Kumpulan : F

Barisan guru bertugas adalah seperti di bawah:

1.  Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2.  Rusmami bin Rusli (P)

3.  Ahmad Junaidi bin Abdullah

4.  Roslelawati binti Ibrahim

5.  Norhidayu binti Sadri

6.  Nur Malisha binti Omar

7.  Nor Maziah binti Abd Malek

8.  Nurazlin binti Mat Nor

9. Siti Aisah binti Hanafi

Guru bertugas Kumpulan F

19 September 2022 | Isnin - Majlis perhimpunan rasmi petang, dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa, bacaan Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Sekolah.

Nyanyian 3 buah lagu iaitu: Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.



Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman (3 Turquiose).

Pengacara majlis perhimpunan rasmi pada minggu ini adalah Puan Roslelawati binti Ibrahim sedang membaca ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya.

Bacaan ikrar sekolah oleh Adik Raisha Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan (3 Turquoise). 

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas pada minggu lepas iaitu Puan Maizara binti Mahat.

  • Beliau selaku guru bertugas pada minggu ke-23 membuat laporan tentang makan di kantin. Beliau mengingatkan agar murid makan di kantin sahaja. 
  • Seterusnya beliau juga meminta murid agar tidak membuang sampah di merata-rata. Murid diminta mengutip sampah jika ternampak semasa berjalan dan dijadikan amalan. 
  • Beliau juga memohon murid agar tidak berlari tanpa arah supaya tidak jatuh dan tercedera.
  • Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua murid dan guru atas kerjasama dan penglibatan setiap kelas sempena bulan kemerdekaan. 

Puan Maizara binti Mahat memberi laporan bertugas minggu lepas.

Seterusnya pengacara majlis Puan Roslelawati binti Ibrahim memberi penerangan berkenaan Tema Minggu Ini iaitu "Gaya Hidup Sihat" dan perkataan LAWAD iaitu:

  1. Gaya hidup sihat bermaksud melakukan amalan-amalan yang membawa kepada kesihatan tubuh badan yang lebih baik seperti pemakanan sihat, senaman serta tidur yang cukup. Ia melibatkan fizikal dan mental di mana fizikal itu menjaga kesihatan tubuh badan, persekitaran rumah dan alam sekitar. Manakala mental pula mengawal stress dan ketegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian. 
  2. Perkataan LAWAD : BM (Menghiris = memotong nipis) | BI (Courage = keberanian) | BA (دَفْتَر = buku tulis)

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain selaku penyelaras program. Beliau menerangkan perjalanan Program BMI 5-9T Sekolah Rendah 2022 yang akan diadakan pada 20 hingga 22 September 2022. Beliau berharap agar semua aktiviti berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:

  1. 20.9.2022 | Selasa (1.30 - 2.30 ptg) - Ceramah Kesihatan (Pemakanan Sihat). Murid Yang Terlibat: Semua murid sesi petang termasuk pra sekolah. (guru subjek berada bersama murid di Dewan Perdana)
  2. 21.9.2022 | Rabu (1.30 - 2.30 ptg) - Mewarna Piramid Makanan. Murid Yang Terlibat : Semua Murid Tahun 1 & Pra Sekolah (guru subjek akan membantu murid2 dalam aktiviti mewarna ini). Kertas Lukisan akan disediakan. Guru kelas maklumkan ada aktiviti mewarna pada hari tersebut.
  3. 22.9.2022 | Khamis (5.00 - 5.50 ptg) - Senamrobik . Murid Yang Terlibat: Semua murid sesi petang termasuk pra sekolah. (guru subjek berada bersama murid di Dataran Perhimpunan)
Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain selaku penyelaras sedang memberikan penerangan tentang Program BMI 5-9T Sekolah Rendah 2022.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Penolong Kanan Petang iaitu Puan Siti Raudah binti Abd Hamid. Antara intipati pesanan beliau adalah:

  1. Sewaktu rehat murid diingatkan supaya berada di kantin dan dewan sahaja. Tidak boleh merayau ke tempat-tempat larangan seperti kelas sendiri, tempat parking kereta guru serta kawasan belakang sekolah.
  2. Seterusnya beliau juga meminta murid sekali lagi agar tidak membuang sampah di merata-rata. Murid diminta mengutip sampah jika ternampak semasa berjalan dan dijadikan amalan. 
Puan Siti Raudah binti Abd Hamid, Penolong Kanan Petang sedang menyampaikan pesanan.

20 hingga 22 September 2022 | Isnin hingga Khamis - Sepanjang Program BMI 5-9T Sekolah Rendah 2022 yang telah berlangsung dengan jayanya.
  • 20.9.2022 | Selasa (1.30 - 2.30 ptg) - Ceramah Kesihatan (Pemakanan Sihat) oleh Doktor Nur Nabila binti Nasharuddin, pegawai perubatan daripada Hospital Serdang yang dijemput khas untuk program ini. Ceramah yang disampaikan oleh beliau tentang piramid makanan dan kepentingan makanan sihat pada tubuh badan dan minda kita sangat mudah difahami oleh semua murid dan guru. Terima kasih doktor!
Puan Siti Raudah (Penolong Kanan Petang) menyampaikan sijil penghargaan kepada Doktor Nur Nabila binti Nasharuddin. Bergambar bersama Puan Nik Rosmaliza (penyelaras program).

Bergambar kenangan bersama murid Prasekolah
  • 21.9.2022 | Rabu (1.30 - 2.30 ptg) - Mewarna Piramid Makanan. Gambar-gambar murid Tahun 1 dan Prasekolah sepanjang aktiviti telah divideokan seperti di bawah:
  • 22.9.2022 | Khamis (5.00 - 5.50 ptg) - Senamrobik. Semua murid sesi petang termasuk prasekolah berada di Dataran Perhimpunan yang diketuai oleh Cikgu Nor Amirulfitri bin Othman sebagai instruktor senamrobik. Semua warga SKTPP Sesi Petang sangat gembira dan teruja dengan aktiviti sihat ini. Gambar-gambar sepanjang aktiviti telah divideokan seperti di bawah:

23 September 2022 | Jumaat - Sepanjang hari itu telah berlangsung Hari Jalinan Mesra Sesi Petang di mana perjumpaan guru kelas bersama ibu bapa bertempat di kelas masing-masing. Didoakan semoga semua murid berjaya dunia dan akhirat serta menjadi murid yang cemerlang hendaknya.

Gambar-gambar sepanjang Hari Jalinan Mesra Sesi Petang.


Dengan berakhirnya hari persekolahan pada hari Jumaat tersebut maka berakhirlah tugas guru-guru bertugas bagi minggu ke-24. Sebarang kekurangan di sepanjang minggu bertugas kami guru-guru bertugas memohon maaf. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment