Friday, October 28, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-29 (Sesi Pagi)

Tarikh : 27 - 28 Oktober 2022

Hari     : Khamis dan  Jumaat 

Masa    : 7.00 pagi - 1.00 petang

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan E:

1.Pn Noriza Binti Md Nor

2. Zaleha binti Sitam 

3. Syahirah binti Tumar

4. Mawaddah binti Kamarulzaman

5. Nur Zakiah binti Md Diah

6. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

7. Hanifah binti Ramlee

8. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

9. Julaili binti Onian

10. Nurhayati binti Mohamed Nor

11. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

12. Norliza binti Ali @ Yasim


Minggu ini sesi persekolaham hanya berjalan selama dua hari iaitu hari Khamis dan Jumaat bersempena cuti Perayaan Hari Deepavali bermula 22 Oktober 2022 (Sabtu) hingga 26 Oktober 2022 (Rabu). Pada masa yang sama, minggu ini juga merupakan minggu terakhir bagi bulan Oktober yang mana merupakan minggu Penutupan Bulan Pusat Sumber (Ujana ilmu) yang berjalan selama satu bulan sepanjang bulan Oktober 2022 ini. Alhamdulillah selama dua hari ini sesi persekolahan berjalan dengan lancar dan baik. Semua guru dan murid memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber.

Pada hari Khamis 27 Oktober 2022, telah berlangsungnya Pertandingan Sudut Terbaik Nilam bagi kelas-kelas tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Walaupun kekangan masa dalam membuat persediaan menyediakan Sudut Nilam di dalam kelas namun guru-guru kelas tetap berusaha dan bersungguh-sungguh menyediakan sudut nilam bagi kelas masing-masing di saat-saat akhir sebelum juri datang  menilai dan mengambil markah bagi Pertandingan Sudut Terbaik Nilam kategori kelas tahap 2. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar guru-guru dan murid-murid memberi kerjasama yang jitu dalam menyiapkan Sudut Nilam di dalam kelas masing-masing. Aktiviti ini memberi pengalaman yang menyeronokkan bagi murid-murid dan guru-guru yang mana tidak dapat dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19. 

Semoga pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran dan kreativiti semua murid dan guru malah dapat menerapkan suasana menimba ilmu yang lebih baik serta menyeronokkan dalam kalangan murid-murid. Di samping dapat memupuk sikap suka membaca dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid-murid. Melalui aktiviti seperti ini terpancar wajah kegembiraan anak-anak murid dan memupuk sikap bekerjasama murid-murid secara berpasukan bagi menjayakan sesuatu aktiviti atau program. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.

Gambar sekitar Pertandingan Sudut Terbaik Nilam Kelas :

Sudut Nilam Terbaik Kelas Tahun 4

Bergambar bersama hakim Pertandingan Sudut Terbaik Nilam




Sudut Nilam Terbaik  Kelas Tahun 5

Sudut Nilam Terbaik Kelas Tahun 5


Pada hari Jumaat 28 Oktober 2022 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber (Ujana Ilmu) peringkat sekolah bagi tahun 2022.  Selesai sesi membaca Yaasin pada waktu pagi, muri-murid diminta turun ke dewan untuk bersama-sama menyaksikan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber. Majlis bermula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah. Kemudian, diteruskan dengan ucapan daripada Guru Perpustakaan dan Media Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji, ucapan YDP Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan yang terakhir ucapan Guru Besar SKTPP Puan Rohaidah binti Mohd Ali. YDP PIBG dan guru besar berharap budaya membaca dapat ditingkatkan dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana orang yang kaya sebenarnya adalah orang yang banyak dan tinggi ilmunya. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi anugerah-anugerah dan pertandingan-pertandingan sempena Bulan Pusat Sumber. Antara pertandingannya adalah:

1. PPKI - Jigsaw Puzzle

             - Pertandingan Montaj

             - Pertandingan Kolaj

2. Prasekolah - Crossword of Puzzle Competition

3. Tahun 4 - Pertandingan Penanda Buku Kreatif - R&R (Read & Refresh)

4. Tahun 5 - Writing Competition - My Mini Book

5. Tahun 6 - Pertandingan Poster Galakan Membaca - BYE (Boost Your Energy)

6. Tahap 1 & 2 - Pertandingan Laungan Azan (Dengarlah Seruanku)

7. Terbuka Tahap 2 - Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula (Selamatkan Dunia Kita)

8. Tahap 1 & 2 - Pertandingan Nyanyian (Mencari Bintang)

9. Tahap 1 & 2 - Pertandingan Literasi Maklumat (Pat-pat Siku Lipat)

10. Peminjam Buku Terbanyak Kategori Murid (Hut... Hut... Si Burung Pungguk)

11. Pengunjung Teraktif Kategori Murid (The Great Explorer)

12. Sudut Terbaik Nilam Kelas 2022/2023

13. Pembaca Terbanyak Kategori Guru & Staf (Pujangga Alam)

14. Pengunjung Teraktif Kategori Guru dan Staf (The Great Wonderer)

15. Busana Terbaik Kategori Murid (1001 Cerita - Arabian Theme)

16. Busana Terbaik Kategori Guru & Staf (1001 Cerita - Arabian Theme)

Gambar sekitar Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber :

Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji

 Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) 

Puan Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)

Pengacara Majlis

Bergambar dengan maskot Syarikat Tiong Seng

Gimik Penutupan Bulan Pusat Sumber

Penyampaian Hadiah Prasekolah

Penyampaian Hadiah PPKI

Penyampaian Hadiah Tahap 2

Tema Pakaian Terbaik (Murid)

Sesi bergambar Para Pentadbir Bersama Penyelaras Bulan Pusat Sumber

Jualan Buku daripada Syarikat Tiong Seng 

Pautan Buku Program Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber :

 https://anyflip.com/lpipe/jjfr/


Inilah serba sedikit memori sepanjang melaksanakan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan sangat meriah sekali.  Semoga kemeriahan Bulan Pusat Sumber ini dapat memberi kesan yang amat dalam kepada diri murid-murid dan warga SKTPP mengenai pentingnya budaya suka membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan supaya menjadi invidu yang berjaya, kreatif, inovatif, progresif dan produktif. Malah semangat seperti ini juga dapat membentuk pemuafakatan antara guru-guru, warga sekolah dan murid-murid. Semoga majlis dan program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan meriah lagi pada masa akan datang. 

Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment