Friday, April 21, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh    : 17 April & 18 April 2023

Hari        : Isnin & Selasa

Kumpulan Bertugas : Kumpulan E

Guru Bertugas :

1. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

2. Nor Arzah binti Hussin

3. Aizil Hasyimi bin Abd Rahman

4. Nor Azian binti Ahmad

5. Shuharma binti Ahmad

6. Suziana binti Mohd Makhtar

7. Maizara binti Mahat

8.  Hastipa binti Mat Daud

9. Suphasara Supranie a/p Airak

10. Zalina binti Ismail



Hari Pertama - Isnin (17 April 2023)

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan

Masa: 1.00 -1.30 petang

Pengacara Majlis : Pn. Nor Arzah binti Hussin

1. Perhimpunan dimulai dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis dan diikuti dengan Nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, ikrar murid dan ikrar keselamatan jalanraya.

2. Bacaan doa dipimpin oleh Adik Mohammad Iyyad Qayyim bin Mohd Izham manakala bacaan ikrar pula dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Saifuddin.





3. Laporan bertugas oleh Guru Bertugas Minggu ke-4 oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil
Antara intipati laporan beliau;
i. Adab bertemu guru. Murid hendaklah mengucapkan salam ketika bertemu dengan guru.
ii. Tanggungjawab kebersihan sekolah. 
iii. Menegur murid yang selalu membuat bising ketika majlis rasmi sekolah berlangsung

4. Ucapan Penolong Kanan Petang oleh En. Naga Kannan a/l Vadivale
Beliau menekankan tentang isu ponteng kelas. Ada di antara murid seringkali keluar kelas dengan alasan untuk ke tandas / minum air tetapi mengambil kesempatan dengan merayau-rayau di sekitar sekolah dalam tempoh masa yang lama. Sikap seperti ini hendaklah dihindari dan dijauhi kerana ia merugikan pelajar itu sendiri.

5. Perkataan Lawad:
Bahasa Arab      :   احتفال  (perayaan)
Bahasa Melayu  : Muram ( tidak berapa terang, tidak berseri )
Bahasa Inggeris : Scream (menjerit)

6. Penerangan tentang tema minggu ini : Ponteng kelas / sekolah 
Sikap suka ponteng kelas / sekolah adalah sikap atau tabiat yang buruk dan perlu dihindari. Ia tidak menjanjikan keseronokan kepada murid bahkan mendatangkan keburukan kepada pelajar itu sendiri. Antara kesan negatif yang timbul ialah masa dan tenaga yang dibazirkan yang sepatutnya digunakan untuk belajar di dalam kelas. 

7. Memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.

8. Majlis bersurai pada jam 1.30 petang.


Hari Kedua - Selasa (18 April 2023)

'Majlis Sekalis Ramadan, Sesuci Lebaran' telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP. 

Pada majlis ini, Guru Besar SK Taman Putra Perdana iaitu Pn. Hajah Rohaidah Mohd Ali telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan 'Bakul Kasih' kepada anak-anak asnaf yang terpilih. 


Majlis "Sekalis Ramadan, Sesuci Lebaran" diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan di antara murid-murid dan warga SKTPP.

 Kami guru-guru dan murid-murid sesi petang mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin


Disediakan oleh :
Nor Azian binti Ahmad
Guru Bertugas Kumpulan E

No comments:

Post a Comment