Monday, September 3, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-32 (Sesi Pagi)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 3 September 2018
Masa       : 7.30 – 8.15 Pagi
Tempat    : Dewan Perdana

Guru Bertugas
1. Junaidah binti Rus
2. Rosmawati binti Desa
3. Rosmizawati binti Yusub
4. Arjunawati binti Ahmad Nuze
5. Norfauziaton binti Ali Mohamed
6. Mohd Rusydan bin Ismail
7. Norhana binti Nordin
8. Asma binti Malik - Cuti Besalin

Pengacara Majlis

Guru: Rosmawati binti Desa
Murid: Reeshmenraj a/l Jaiganesh


Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah serta diikuti bacaan doa. 

2. Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Rosmawati binti Desa dan lafaz Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Murid, adik Nurin Adlina binti Hassan.

3. Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Jamilah binti Mohd Yusof)
- Mengingatkan murid-murid dan juga guru supaya menjaga diri sewaktu di jalanraya. Memohon agar mematuhi peraturan jalanraya, di mana terdapat murid-murid kelihatan leka apabila berada berdekatan dengan jalanraya. Ini boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini. Peringatan ini khususnya untuk murid yang menunggang basikal. 
- Pada minggu ini, berlangsungnya peperiksaan percubaan UPSR yang kedua bagi murid tahun 6. Oleh yang demikian, murid tahun 4 dan 5 diminta menjaga tingkah laku sepanjang peperiksaan berlangsung dengan tidak berlari dan membuat bising.

4. Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas:

PPKI

Pertama : Aquatic
Kedua    : Squash
Ketiga    : Soccer

Tahun 4

Pertama : Titanium
Kedua    : Vanadium
Ketiga    : Elektrum

Tahun 5

Pertama : Nafiri
Kedua    : Kompang
Ketiga    : Canang

Tahun 6

Pertama : Respiratori
Kedua    : Radiologi
Ketiga    : Surgeri

5. Ucapan Guru Bertugas (Puan Rosmawati binti Desa)
* Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Tema : Sejarah Pembentukan Malaysia.
- Gagasan ini dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 
- Terdapat beberapa faktor iaitu:
1. Menjamin keselamatan negara.
2. Memajukan sosio ekonomi negara
3. Mencapai keseimbangan kaum bagi menyatu padukan rakyat pelbagai kaum. 
- Langkah-langkah penubuhan:
1. Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyatakan sebab perlunya Pembentukan Malaysia. Ianya mengambil kira suara penduduk, menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei. 
2. 16 September adalah tarikh yang dipilih untuk Penubuhan Malaysia. 
3. Nilai-nilai yang boleh didapati dari penubuhan ini adalah permuafakatan antara pemimpin. Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui proses undian. 

6. Perkataan Lawad

Bahasa Melayu   : Alas perut (makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum makan makanan yang berat)
Bahasa Inggeris  : Interfere (mengganggu @ campur tangan)
Bahasa Arab       : Yaminu (kanan)

7. Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Kompang Formasi - Disampaikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. 

8. Ucapan PK Hal Ehwal Murid (Puan Rosmah binti Jamat)
- Terdapat ramai murid yang tidak mendengar arahan guru, melanggar guru dan tidak mengucapkan salam semasa berselisih dengan guru
- Murid-murid tidak menunjukkan perubahan sikap yang sepatutnya walaupun pihak sekolah telah menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan adab murid apabila berada di sekolah. 
- Diharapkan agar murid-murid berusaha untuk menanam sikap hormat-menghormati walau di mana jua berada. 
- Mengharapkan kesungguhan serta tumpuan daripada murid tahun 6 dalam melonjakkan keputusan UPSR bagi tahun ini.  

9. Pengumuman daripada Puan Norhayati binti Yusuf:
Pada hari Rabu, 5 September 2018 jam 8.00 pagi - 12.00 tengah hari akan diadakan Karnival Pendidikan Khas Integrasi SKTPP 2018. Semua warga SKTPP dijemput hadir.  

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis berlangsung:-










No comments:

Post a Comment