Friday, September 7, 2018

Pertandingan Pakaian Tradisional dan Koir Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018 (Sesi Pagi)

Pemimpin terdahulu jadi sanjungan,
Membebaskan negara daripada penjajahan,
Tampil bergaya cantik menawan,
Pakaian tradisional tak lapuk dek zaman.

Pada hari ini telah berlangsungnya pertandingan Pakaian Tradisional oleh murid-murid tahun 4 dan Pertandingan Koir oleh murid-murid tahun 5 bertemakan Bulan Kebangsaan. Pelbagai gaya dan penampilan dipersembahkan oleh murid-murid yang menunjukkan betapa bersemangatnya mereka dalam acara yang disertai. Warna-warni pakaian para peserta menambahkan lagi kemeriahan majlis pada hari ini.

Pemenang-pemenang bagi acara Pertandingan Pakaian Tradisional Tahun 4 ialah :
  • Johan               - Aniesya Adlieya Azrul Syah (4 Kuprum)
  • Naib Johan      - Asharania bt Salehudin (4 Vanadium)
  • Tempat Ketiga - Nurain Fatihah binti Ismail (4 Elektrum)
  • Tempat Keempat - Effy Rizq Daniel Zuhairy bin Abdul Hafiz (4 Kuprum)
  • Tempat Kelima - Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauji (4 Elektrum)
Pemenang-pemenang bagi acara Pertandingan Koir Tahun 5 akan diumumkan ketika Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2018 nanti.

Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis berlangsung.

Pengacara Majlis: Pn Nurliza bt Ab Rahman

Hakim Pertandingan: Pn Nurrulhuda dan Pn Parimala

Bersemangat merdeka

Pakaian bertemakan tradisional sempena Sambutan Bulan kebangsaan

Bersemangat merdeka

Bergaya dengan pakaian masing-masing

Manis dan ceria 

Tahniah..

Tahniah..

Kami bangga menjadi 'Anak Malaysia Merdeka'

Wajah-wajah  riang anak merdeka
Bergambar kenangan para peserta bersama pentadbir


5 Kompang

5 Nafiri


5 Bonang

Disediakan oleh:
Pn Juli bt Mahbah
Pn Roseniza bt Setapa

No comments:

Post a Comment