Thursday, September 6, 2018

Program Motivasi Kecemerlangan Lonjakan Saujana Tahun 2018

Motivasi merupakan penggerak kepada kecemerlangan seseorang murid. Justeru itu, program ini telah dirancang oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bagi meningkatkan motivasi murid-murid Tahap Satu. Motivasi berbentuk lawatan ini difikirkan sesuai kerana ia mampu mewujudkan rasa keterujaan murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik. Program ini juga merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Penyelaras Tahun 1, 2 dan 3, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab.

Seramai 120 orang murid cemerlang dari Tahun 1, 2 dan 3 telah diberi penghargaan untuk mengikuti program ini. Bagi membantu menjaga keselamatan murid-murid ini, seramai 9 orang guru matapelajaran dan 3 orang guru bimbingan dan kaunseling telah dipertanggungjawabkan. Guru-guru ini juga dibantu oleh konsultan Hani Genius yang dilantik bagi melancarkan perjalanan program lawatan ini.

Program ini bermula dari pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Kilang Coklat Beryl's, Starz Comic Studio dan Pusat Sains Negara. Murid-murid yang terpilih, ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Sarapan pagi dan makan tengah hari juga telah disediakan oleh pihak penganjur.

Di bawah ini dilampirkan gambar-gambar sepanjang program ini dijalankan...

 Sesi bacaan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan sebelum memulakan perjalanan




 Destinasi pertama adalah di Kilang Coklat Beryl's, Seri Kembangan 

 Wajah-wajah yang penuh keterujaan menunggu giliran untuk melihat cara penghasilan coklat

 Di sini...murid-murid belajar bagaimana coklat dihasilkan

   Saat paling besstt...shopping coklat

Selesai melawat kilang coklat, kami bergerak ke Bandar Tasik Selatan pula...destinasi kedua kami, melawat Starz Comic Studio

 Sesi taklimat oleh pihak pengurusan Starz Comic Studio

 Tunjuk cara untuk scan bar code aplikasi Starz Comic

Bergambar kenangan dalam studio yang tersembunyi di sebalik dinding

 Haaaa...memang teruja dengan berbagai jenis watak dalam komik

Cikgu-cikgu pun nak juga bergambar sama-sama sebagai kenangan

Sebelum keluar dari Starz Comic Studio ni, kami dibekalkan dengan sebotol air mineral keluaran khas Gempak Starz dan cenderamata iaitu sebuah komik dan fail poket keluaran Gempak Starz.

Destinasi ketiga kami adalah Muzium Kraf Kuala Lumpur. Kami hanya singgah di sini untuk makan tengah hari dan solat zohor.

   Makan tengah hari kami...nasi ayam

Selesai makan tengah hari dan solat zohor di Muzium Kraf, kami sambung perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pusat Sains Negara.

Masing-masing dah teruja di pintu masuk Pusat Sains 

Semua benda kami nak cuba...belajar ilmu sains sambil bermain

 Bukan murid-murid jer...cikgu-cikgu pun nak main juga

 Bagus betul anak-anak murid cikgu...berani ambil peluang untuk mencuba demonstrasi yang dijalankan di hadapan pengunjung-pengunjung Pusat Sains

Murid-murid tak reti penat, cikgu pula yang dah mula rasa penat

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami keluar dari Pusat Sains dan beri kesempatan pada peserta untuk membeli cenderama di kedai yang disediakan. Setelah selesai membeli belah, kami bergerak untuk pulang ke sekolah. Kami tiba di sekolah lebih kurang pukul 5.15 petang. 

Semoga program ini meninggalkan kenangan manis buat semua peserta dan menjadi pemangkin untuk murid-murid terus berusaha mencapai kecemerlangan diri dari segi akademik dan sahsiah.

Laporan dari AJK Fotografi & Posting Blog
Rozimah bt Yaakob
Mohd Hasbullah bin Zainal Abidin
Nor Rafini bt Othman

No comments:

Post a Comment