Monday, September 3, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-32 (Sesi Petang)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 3 September 2018
Masa       : 1.20-1.50 petang
Tempat    : Dewan Perdana

Guru Bertugas
1.   En. Afandi Bin Mat Zain
2.     Pn. Nik Rosmaliza Bt Nik Husssain
3.     Pn. Hastipa Bt Mat Daud
4.     Pn. Nor Holwani Bt Yahaya
5.     Pn. Nor Latipah Bt Che Yusoff
6.     En. Mohamad Hasbullah Bin Zainal Abidin
7.     Pn. Nora Azean Bt Che Othman (Cuti Bersalin)

Pengacara Majlis
Guru: Pn. Nik Rosmaliza Bt Nik Husssain


Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah serta diikuti bacaan doa. 

2. Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Rosmawati binti Desa dan lafaz Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Murid, adik Nurin Adlina binti Hassan.

Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Azizah Bt Abdul Hamid)
- Mengingatkan murid-murid dan juga guru supaya menjaga diri sewaktu di jalanraya. Memohon agar mematuhi peraturan jalanraya, yang mana terdapat murid-murid kelihatan leka apabila berada berdekatan dengan jalanraya. Ini boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan ataupun perkara yang tidak diingini. Peringatan ini khususnya untuk murid yang menunggang basikal. 

1.     Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nik Rosmaliza Bt Nik Husssain)

* Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Tema : Sejarah Pembentukan Malaysia.
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah Melayu  merdeka. Negara baru ini hasil gabungan Tanah Melayu dengan singapura, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak. Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.

Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia, yang  merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabag, Sarawak dan Brunei akhirnya telah Berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa kemasukan Brunei. Namun Singapura telah keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965.

Perkataan Lawad

Bahasa Melayu   : menghiris.
Bahasa Inggeris  : newspaper
Bahasa Arab       : Sarirun

Ucapan PK Petang (Puan Jumilah Ahmad)
1.   Menekankan adab murid ketika guru berucap.
2. Mermberi salam, tunduk hormat pada guru ketika berselisih dengan guru.
3. Aplikasikan ilmu yang dapat ketika mengikuti Program Semarak Sahsiah.
4. Guna dan pakai kad keluar kelas dan pas solat
5. Jangan berlari di kawasan sekolah
6. Mohon murid memberitahu ibu bapa jangan berhenti kereta depan pagar A.
7. Ibu bapa dilarang menghantar anak sehingga ke dalam kawasan sekolah.

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis berlangsung:-

 Barisan Guru Bertugas



Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas


Disediakan oleh,
Nor Latipah Che Yusoff

No comments:

Post a Comment