Tuesday, March 12, 2019

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Bulan Mac 2019 (Sesi Pagi & Petang)

Syukur... Sambutan Hari Lahir pada bulan ini telah diraikan dengan meriahnya. Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyumbang kek hari lahir untuk majlis pada hari ini. 

Tergambar kegembiraan dari wajah anak-anak murid SKTPP apabila diraikan sedemikian. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, bacaan doa selamat dan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir. Semoga usaha ini mampu memberi keseronokan dalam diri murid untuk hadir ke sekolah dan dalam masa yang sama mereka tahu bahawa semua warga SKTPP mempunyai rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Berikut momen semasa majlis dijalankan :

Sesi Petang
Antara kek yang dumbangkan oleh ibu bapa

Penyampaian hadiah hari lahir oleh Pn Jumilah bt Ahmad

Bergambar kenangan bersama 80 orang murid yang menyambut hari lahir bulan  ini

Makan bersama-sama di kantin
 Sesi Pagi
Sesi memotong kek hari lahir
Bergambar kenangan...Semoga kamu lebih seronok sayang..

 Disediakan oleh,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment