Monday, March 4, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-10 (Sesi Pagi) & Majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang Tahun 2019

Tarikh : 4 Mac 2019 

Hari : Isnin

Masa    : 7:30 pag

Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

Pengacara Majlis : Pn Siti Aisah bt Hanafi
Senarai Guru Bertugas :
  1. Srimahathevan A/L Vadivelu
  2. Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib
  3. Umi Nazrah bt Saharoni
  4. Safinatunajakh bt Mat Som
  5. Norli bt Hassan
  6. Norhana bt Nordin
  7. Arjunawati bt Ahmad Nuze
  8. Norasmawati bt Omar
  9. Zailezah bt Sardi
Barisan guru bertugas sesi pagi minggu ke-10
Agenda :

1. Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana bt Yahaya ( 6 Kompang )
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam ( 6 Tabla )
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Siti Aisah bt Hanafi
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal ( 6 Tabla ) 

2. Laporan Guru Bertugas - Cik Roslinda bt Mansor.

  • Masih terdapat murid yang lewat hadir ke sekolah walaupun telah ditegur beberapa kali. 
  • Mengingati murid supaya menghormati Lagu Negaraku dan Lagu Selangor. Murid perlu berdiri tegak ketika lagu sedang dimainkan terutama pada murid yang lewat hadir.
  • Menasihati murid agar menjaga wang saku dengan baik. Maklum pada guru sekiranya terjumpa wang atau kehilangan wang saku. Wang tidak bertuntut akan dimasukkan ke dalam Tabung Pembinaan Surau.
  • Keputusan Keceriaan Kelas :
          Kelas PPKI
  • Tempat Pertama : Aquatics
  • Tempat Kedua    : Cricket
  • Tempat Ketiga    : Bowling   
          Tahun 4
  • Tempat Pertama  :  Harmoni
  • Tempat Kedua     :  Jujur
  • Tempat Ketiga     :  Efisien
          Tahun 5
  • Tempat Pertama  : Vanadium
  • Tempat Kedua     : Ferum
  • Tempat Ketiga     : Platinum 
           Tahun 6
  • Tempat Pertama  : Gambus
  • Tempat Kedua     : Tabla
  • Tempat Ketiga     : Seruling 

Penerima hadiah keceriaan kelas mingguan
 3. Ucapan Guru Bertugas  - Pn Siti Aisah bt Hanafi
  • Mengingatkan murid agar mematuhi peraturan sekolah dan menjaga kesihatan diri memandangkan cuaca panas. Banyakkan minum air masak.
4. Majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang Tahun 2019

  • Ucapan Guru Besar
  1. Ucapan Selamat Datang kepada Tuan KPPD, Tuan Haji Arbain bin Pinni bersama Majlis Tertinggi Nilam Daerah Sepang. 
  2. Ucapan terima kasih kerana menjadikan SKTPP sebagai tapak lokasi Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) peringkat Daerah Sepang bagi tahun 2019.
  3. Pelaksanaan NILAM di SKTPP dijalankan dengan bersungguh-sungguh melibatkan unit-unit di sekolah dengan mendapat sokongan padu dari PIBG dan komuniti setempat.
  4. Mengharapkan kehadiran KPPD dalam majlis akan menyuntik aura istimewa dalam konteks membugarkan amalan membaca anak-anak dan guru-guru sekolah ini.
  • Ucapan Perasmi oleh Tn Hj Arbain bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)
  1. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah kerana menjadi tuan rumah Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) peringkat Daerah Sepang 2019.
  2. Kemahiran membaca boleh membawa kemahiran reflektif dan kemahiran mencari maklumat. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif Nilam.
  3. Sesungguhnya amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan berdaya maju dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.
  4. Beliau menyeru kepada guru-guru dan murid-murid supaya mencontohi Ibnu 'Abbas iaitu sepupu kepada Rasulullah SAW kerana sikap beliau yang menjadikan amalan membaca suatu kewajipan.
Gambar sekitar majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang


Ketibaan Tuan Haji Arbain bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)
Persembahan Kompang, Tarian Kipas dan Tarian Kuda Kepang oleh murid-murid SKTPP


Majlis Perasmian oleh Tuan KPPD : Tuan Hj Arbaini bin Pinni
Persembahan Murid
Sesi merakam gambar


Perhimpunan tamat pada jam 9.30 pagi

Disediakan oleh :
Najah Mat Som

No comments:

Post a Comment