Wednesday, March 6, 2019

Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Selangor 2018

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana kerana telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2018. Penyerahan anugerah ini telah diadakan pada 6 Mac 2019 dalam Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor 2018 di Sekolah Menengah Bestari, Subang Jaya.  Anugerah yang penuh bermakna ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Selangor. Penerima anugerah ini telah diwakili oleh Puan Azizah binti Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran dan Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji, Guru Media. Guru Besar; Pn. Rohaidah Mohd Ali ketika ini sedang mengerjakan ibadah umrah.

Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru, kakitangan, ibu bapa, PIBG dan komuniti sekolah.  Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dari semua pihak. Terima kasih semua. Semoga kita akan kekal cemerlang dan berjaya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai 2019 kelak.










No comments:

Post a Comment