Monday, March 11, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-11 (Sesi Petang)

Tarikh : 11 Mac 2019
Hari : Isnin
Masa : 1:20 Tengah hari
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Pengerusi Majlis : Puan Nur Azlin bt Mat Nor

Pengerusi majlis pada hari ini.

Senarai guru bertugas:

1. Encik Abdul Hafiz bin Abd Halil
2. Puan Nur Azlin bt Mat Nor
3. Puan Nur Malisha bt Omar
4. Puan Nora Azean bt Che Othman
5. Puan Salina bt Mohd Tasu
6. Noorhisham bin Mohd Noor
7. Puan Nor Athirah Amani bt Muhammad Abdul Wahab

Barisan guru - guru bertugas.

 Laporan / Ulasan:

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan Salmi bt Amir.


2. Bacaan doa oleh adik Muhammad Hakem Rizqi Bin Norazmi.



3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nur Azlin bt Mat Nor.


Semua bersama-sama mengangkat tangan kanan dan melafazkan ikrar tersebut.

4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Adlyna Ryhana binti Mohd Rozeme (Ketua Pengawas).


5.  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Norazmira bt Kadirun.

      - Murid-murid dilarang berlari di dalam kawasan sekolah.
      - Murid-murid dinasihatkan supaya memperbaiki tingkah laku ke arah yang lebih baik.
      - Murid juga diingatkan supaya melabel kasut masing-masing supaya tidak tertukar dengan orang lain. 

Laporan guru bertugas minggu lepas.

6.  Tema Ucapan Minggu ini: Menjaga Keselamatan Diri.

     Dalam bilik darjah
  • elakkan berlari dalam bilik darjah
  • tidak bermain barangan yang boleh membahayakan diri seperti barangan elaktrik, cermin tingkap dan sebagainya.
     Di bilik khas
  • makmal sains – berhati-hati ketika menggunakan bahan / radas dalam makmal
  • bilik kemahiran hidup – berhati-hati menggunakan alatan seperti gergaji, penukul dan lain-lain
     Di kawasan kantin
  • beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut
  • elakkan berlari kerana lantai mungkin licin dan berminyak
     Di kawasan persekitaran
  • tidak bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan
  • tidak berlari – terjatuh longkang
  • tidak memanjat tiang gol
  • berhati-hati ketika bermain di padang, dan ikut peraturan

7.  Lawad

     - Bahasa Melayu   : Menekan = bermaksud menindih, mendesak
     - Bahasa Inggeris  : Sky          = langit
     - Bahasa Arab       : Jidarun     = dinding

8.  Hadiah Keceriaan Kelas 

     Tahun 1
  • Tempat Pertama: 1 Oracle

  • Tempat Kedua: 1 Android 

  •   Tempat Ketiga : 1 Unix


     Tahun 2
  •  Tempat Pertama: 2 Iphone

  •  Tempat Kedua: 2 Vivo

  • Tempat Ketiga: 2 Samsung

     Tahun 3
  •  Tempat Pertama: 3 Ibnu Khaldun
  •  Tempat Kedua: 3 Al Farabi
  •  Tempat Ketiga: 3 Ibnu Thufail


8.  Ucapan Penolong Kanan Petang; Puan Jumilah Binti Ahmad.

    -  Murid-murid diingatkan supaya datang awal ke sekolah iaitu sebelum 1.10 tengah hari.
    -  Murid-murid dinasihati agar membawa air minuman setiap hari kerana cuaca panas.
    -  Setiap murid hendaklah memakai dengan lengkap lencana dan tanda nama sekolah kerana sudah masuk bulan Mac.
    -  Murid-murid diingatkan supaya jika berasa tidak sihat seperti demam, sakit perut dan lain-lain, mereka boleh berehat di rumah sahaja supaya lebih selesa dan segera sembuh
    -  Laporkan kepada guru jika dibuli oleh murid lain dan elakkan pergaduhan.
    -  Murid-murid diingatkan untuk memaklumkan ibu bapa agar melakukan sumbangan PIBG dengan bayaran RM50 untuk 1 keluarga.




Perhimpunan tamat pada 2.05 petang.

No comments:

Post a Comment