Thursday, March 7, 2019

Majlis Perasmian Jaulah Imtiyaz 5.0 Tahun 2019 (Sesi Petang)

Tarikh : 5 Mac 2019
Masa : 1.20 pm
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.


Alhamdulillah pada tahun ini, Panitia Bahasa Arab sekali lagi mengadakan Program Jaulah Imtiyaz kali ke-5 bagi Tahun 2019. Program tradisi ini merupakan aktiviti tahunan Lajnah Al-Lughatul Arabiah bagi meraikan murid-murid yang cemerlang Bahasa Arab.
          Perasmian Jaulah Imtiyaz Sesi Petang berlangsung pada 5 Mac 2019. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Jumilah Binti Ahmad selaku Penolong Kanan Petang SKTPP.
          Jaulah membawa maksud lawatan atau bersiar-siar. Imtiyaz pula membawa maksud cemerlang. Jaulah Imtiyaz bermaksud lawatan kecemerlangan untuk murid-murid yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab bagi sesi 2018 pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Ianya juga sebagai ganjaran dan hadiah galakan bagi murid-murid cemerlang dalam Bahasa Arab seterusnya menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih cemerlang dalam penguasaan Bahasa Arab. 

         Program ini telah mendapat sambutan dalam kalangan murid, ibubapa dan guru. Ini jelas terbukti melalui objektif Jaulah Imtiyaz yang bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid cemerlang Bahasa Arab berkaitan kecemerlangan Bahasa Arab di peringkat global. Di samping itu  ia diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara murid, guru dan pihak-pihak yang terbabit. Dengan program lawatan ini, ia dapat menyuntik motivasi dan semangat kepada murid-murid agar lebih berusaha gigih untuk mengaplikasikan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian dan profesion.
         Pada tahun ini guru Bahasa Arab telah bersepakat memilih seramai 80 orang murid cemerlang Bahasa Arab untuk mengikuti program ini. Mereka terdiri daripada murid Tahap 1 dan 2. Antara lokasi jaulah yang akan mereka lawati ialah:

  • UKM BANGI
  • NAYRUL QURAN, PUTRAJAYA
  • FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN
  • KILANG COKLAT BERYL'S BANGI
  • MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
 Di sini dilampirkan gambar-gambar sepanjang Majlis Perasmian Jaulah Imtiyaz 5.0 Tahun 2019 yang telah dilancarkan.

 
Cenderamata untuk murid, guru Bahasa Arab dan pentadbir

Murid cemerlang dipakaikan T/shirt dan diberi cenderamata oleh Penolong Kanan Petang

Saat perasmian majlis yg dirasmikan oleh Puan Jumilah Binti Ahmad

Antara ucapan yang diberikan oleh Puan Jumilah Binti Ahmad dan gambar kenangan guru bersama murid

Sebahagian guru Bahasa Arab yang menerima cenderamata

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga Lajnah Al-Lughatul Arabiah SKTPP berjaya melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang Arabiah pada masa akan datang sampai ke peringkat global. InsyaAllah..


Disediakan oleh:
Puan Salmi Binti Adnan
Mualimah Bahasa Arab SKTPP.

No comments:

Post a Comment