Monday, March 11, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-11 (Sesi Pagi)

Tarikh: 11 March 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Dhaniya Batrisya binti Supri (6 Rebana)

Senarai Guru Bertugas:
1. Encik Zurilazman bin Abdullah
2. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
3. Puan Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Puan Norinna binti Mohamed
6. Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
7. Puan Rosmizawati binti Yusub
8. Puan Norsiah binti Mohd Noor 
9. Puan Azlina binti Mat Isa


Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

Nyanyian  lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azlina binti Mat Isa
Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Siti Aisah binti Hanafi)

   Murid-murid diingatkan agar berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi sebelum loceng  dibunyikan. Mereka juga hendaklah memastikan berada dalam keadaan sihat. Sekiranya kesihatan tidak memuaskan, mereka disarankan untuk ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kelas terbersih bagi minggu lepas (4 Mac hingga 8 Mac 2019) adalah seperti berikut;

Tahun 4:
Johan - Harmoni
Naib Johan - Dedikasi
Tempat Ketiga - Intelek

Tahun 5:
Johan - Vanadium
Naib Johan - Ferum
Tempat Ketiga - Platinum

Tahun 6:
Johan - Gambus
Naib Johan - Angklung
Tempat Ketiga - Kompang

Kelas PPKI:
Johan - Kriket
Naib Johan - Squash
Tempat Ketiga - Akuatik


3. Ucapan guru bertugas minggu ini (11 March 2019 - 15 March 2019) oleh Puan Azlina binti Mat Isa

Tema: Menjaga Keselamatan Diri

   Guru bertugas menerangkan definisi "Selamat" yang bermaksud bebas dari bahaya, malapetaka atau bencana. Manakala "Keselamatan" bermaksud kesejahteraan dan keamanan.
Murid-murid disarankan agar mengunci pintu untuk mengelakkan orang yang tidak diundang dari memasuki rumah. Benda-benda tajam hendaklah disimpan di kawasan selamat untuk menggelakkan kemalangan. Murid-murid juga diingatkan agar tidak berlari dan bergurau semasa menaiki dan menuruni tangga.

4. Ucapan Pn. Arnny Yusnita

    Puan Arnny mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid kerana kerajinan mereka mengunjungi Ujana Ilmu dan mengembalikan buku-buku bacaan dalam keadaan baik dan tersusun. Murid-murid juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan untuk mengelakkan dikenakan denda. Selasa adalah hari untuk aktiviti "5 Minit Membaca" yang dikendalikan bersama oleh Puan Faridatul Akmal selaku guru Nilam dan Puan Shahirah selaku guru Ujana Ilmu.



5. Makluman mengenai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform

Tarikh                  : 4 Mac hingga 6 Mac 2019
Tempat                : Pusat Kokurikulum JPN Melaka, Merlimau Melaka
Penyertaan         :10 pesertaTKRS

Pasukan SKTPP telah  menjadi Johan dalam aktiviti Ikatan, Bantu Mula dan Pandu Arah dan  telah dinobatkan sebagai Johan Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah  peringkat Kebangsaan. Penyampaian sijil dan medal disempurnakan oleh En Shahrizal b. Ya'am; Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP




6. Ucapan Penolong Kanan PPKI

Puan Hamizah mengingatkan murid-murid tentang peperiksaan PKSR 1 yang bakal dijalankan pada minggu hadapan iaitu 18 - 22 Mac 2019. Murid-murid dikehendaki hadir awal. Memandangkan ianya merupakan Minggu KoKurikulum, pemakaian seragam Unit KoKurikulum amat digalakkan. Selain itu murid-murid juga diingatkan agar sentiasa mematuhi disiplin sekolah dan mengamalkan budaya memberi salam. 


Perhimpunan tamat pada pukul 8.40 pagi.

Disediakan oleh: Puan Norsiah Mohd Noor

No comments:

Post a Comment