Friday, March 1, 2019

Kem Bestari Solat Tahun 1 Sesi 2019

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar muslim. Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam kehidupan seharian. Justeru itu, program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara sekolah dan ibubapa amat penting bagi memastikan hasrat murni ini dapat dijayakan.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kem Bestari Solat buat kali pertama pada tahun ini dengan sasaran murid Islam tahun 1 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Mac 2019
Hari: Jumaat
Masa: 2.20 - 6.10 p.m
Tempat: SK Taman Putra Perdana

Seramai 17 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sesi petang telah menjayakan kem ini mengikut perancangan yang dijadualkan dengan kehadiran murid yang sangat memberangsangkan. Semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik mengikut atur cara yang disediakan.

Atur Cara Program

2.20 p.m : Pendaftaran Murid
2.45 p.m : Tayangan Video Wuduk
3.00 p.m : LDK dan Amali Wuduk
3.20p.m : Rehat
4.10p.m : Tayangan Video Solat
4.45 p.m : LDK Solat
5.00 p.m : Amali Solat
6.10 p.m : Bersurai

Tema kem bestari solat tahun ini


Guru memberi taklimat cara-cara mengambil wuduk dengan betul

Murid - murid mengambil wuduk

Murid - murid mengambil wuduk sambil diperhatikan oleh guru

Bersiap sedia untuk solat asar secara berjemaah

Amali solat

Solat asar secara berjemaah

Barisan fasilitator kem bestari solat kali ini

Disediakan oleh: Norhidayu Binti Sadri

No comments:

Post a Comment