Monday, March 4, 2019

Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang 2019

Pada 4 Mac 2019 (Isnin), telah diadakan pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) bertempat di Dewan Perdana SKTPP.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Arbain Bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan, PPD Sepang).

Objektif Program:

 ·    Meningkatkan minat untuk melaksanakan NILAM dengan bersungguh-sungguh 
 ·    Mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan murid dan guru                  
 ·     Memberikan kesegaran baru dalam program NILAM sekolah dan daerah.

Atur Cara Program:

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan Perdana
                 : Ketibaan Jemputan Khas
                 : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
                 : Ucapan Guru Besar (Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali)
                 : Ucapan Pelancaran Ketua PPD (Tn Hj Arbain Bin Pinni)
                 : Gimik Pelancaran
                 : Persembahan
                 : Sesi Fotografi
                 : Jamuan VVIP
                 : Lawatan ke Ujana Ilmu dan                                   : Perasmian Menara Virtual

MAJLIS PELANCARAN HaNIS PERINGKAT DAERAH SEPANG 2019





Murid berkumpul di Dewan Perdana


Murid berkumpul di Dewan Perdana, SKTPP 

Ketibaan Jemputan Khas



Ketibaan Jemputan Khas iaitu Tuan Haji Arbain Bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan, PPD Sepang)
Meraikan ketibaan para tetamu dengan persembahan Kuda Kepang diiringi pasukan tarian kipas dan paluan kompang

Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Ucapan kata aluan oleh pengacara majlis iaitu adik Muhammad Ammar bin Muhamad Rizal dan adik Dhaniya Batrisyia binti Supri yang mengalu-alukan kedatangan para jemputan. 

Ucapan Guru Besar 

Ucapan Guru Besar SKTPP (Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali)


  1.  Mengucapkan selamat datang kepada Tuan KPPD, Tn. Hj Arbain Bin Pinni bersama Majlis Tertinggi Nilam Daerah Sepang ke Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP)
  2. Merasa berbesar hati dan berterima kasih kepada PPD Sepang dan PKG kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada sekolah ini untuk menjadi tapak lokasi Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) peringkat daerah Sepang 2019.
  3.Memaklumkan program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program yang bermatlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan anak-anak murid SKTPP bertemakan #MalaysiaMembaca. 
  4. Pelaksanaan NILAM tahun ini telah mendapat kerjasama dari Syarikat Beebudz dan Cheritara Enterprise sempena Program Jom Jelajah Sekolah. 
  5. Berbagai-bagai program melibatkan aktiviti galakan membaca telah diadakan yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian. 
  
    Ucapan Pelancaran oleh Ketua PPD Sepang


Ucapan Pelancaran dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang 2019 oleh Tuan Haji Arbain Bin Pinni, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang

    Ucapan Perasmi oleh Tuan Haji Arbain Bin Hj Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang) 

1. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah kerana menjadi tuan rumah Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) peringkat Daerah Sepang.
2.Kemahiran membaca boleh membawa kemahiran reflektif dan kemahiran  mencari maklumat. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif Nilam.
3.Sesungguhnya amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan berdaya maju dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.
4.Beliau menyeru kepada semua guru dan murid supaya mencontohi Ibnu 'Abbas iaitu sepupu kepada Rasulullah SAW kerana sikap beliau yang menjadikan amalan membaca suatu kewajipan.

Gimik Pelancaran


Gimik pelancaran dimulakan dengan lakonan cerita pendek      


Pelancaran Gimik telah disempurnakan oleh adik Muhammad Amir Al Hafiz, adik Mohd Hakimi dan adik Aisy Hafiy dengan bimbingan daripada Ustaz Mohd Hadri Bin Ag Idris 

Persembahan

Majlis Pelancaran HaNIS diserikan dengan tiga buah persembahan yang berbeza seiring dengan matlamat HaNIS yang berkonsepkan bacaan.
  
Persembahan oleh adik Hadeel Binti Abdullah untuk resensi bacaan Bahasa Arab

Persembahan oleh adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan untuk resensi bacaan Bahasa Inggeris

Persembahan Sajak bertajuk Bunga Pusaka Bangsa yang disampaikan oleh adik Nur Qalisha Umaira Binti Alias

Persembahan terakhir oleh adik Nurul Aisyah Aqilah Binti Azizi dengan mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk Puteri Santubong Puteri Sejinjang.

Sesi Fotografi


Gambar kenang-kenangan barisan para pentadbir SKTPP bersama Majlis Tertinggi NILAM Daerah Sepang dan wakil dari Beebudz serta Cheritara Enterprise

Jamuan VVIP


Jamuan Ringan yang dikelola oleh murid-murid Pandu Puteri Tunas  

Lawatan Ke Ujana Ilmu dan Perasmian Menara Virtual

Lawatan Ketua Pegawai Pendidikan, PPD Daerah Sepang ke Ujana Ilmu SK Taman Putra Perdana

Menara Virtual Ujana Ilmu SKTPP dirasmikan oleh Tuan Haji Arbain Bin Pinni, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang


Temuramah melalui telefon secara langsung bersama Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali berkaitan Pelancaran HaNIS peringkat Daerah Sepang telah disiarkan di slot Selamat Pagi Malaysia TV1 semalam 3 Mac 2019

* Video wawancara langsung Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali @ SPM TV1 sila klik di sini.


Disediakan oleh;

Roslina Bt Jafar dan Norfauziaton Bt Ali Mohamed

No comments:

Post a Comment