Wednesday, October 30, 2019

Program Latihan Kebakaran Dan Pengosongan Bangunan 2019 (Sesi Petang)

Kringgggggggggggggg..............


Bunyi loceng yang panjang merupakan penanda aras bagi seluruh warga sekolah sebagai langkah bersiap siaga dalam menghadapi kecemasan khususnya kebakaran. Hari ini pada pukul 4.15 petang telah berlangsungnya latihan kebakaran dan pengosongan bangunan untuk sesi petang. Program ini telah dirancang oleh Unit keselamatan Sekolah dan merupakan aktiviti tahunan bagi SK Taman Putra Perdana.

Sekali lagi Jabatan Bomba & Penyelamat Cyberjaya bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjalankan latihan kebakaran pada tahun ini. Sebuah jentera bomba dan  seramai 5 orang anggota bomba yang diketuai oleh En Sabri Bin Ismail (Pegawai Bomba Kanan II) datang untuk memberi pendedahan kepada semua warga sekolah dalam menghadapi kebakaran & kecemasan yang sebenar.

Program kali ini dimulakan dengan taklimat oleh En Khairul Anuar bin Arshad dan demonstrasi memadam kebakaran. Di  samping itu juga, murid-murid berpeluang melihat jentera bomba yang dipenuhi alatan kecemasan dengan lebih dekat lagi. Keterujaan murid-murid jelas terpancar di wajah masing-masing.

Latihan ini berjaya di mana semua warga sekolah berkumpul di padang kurang daripada 5 minit. Tahniah diucapkan kepada semua murid & guru yang telah mematuhi arahan demi keselamatan diri.

Momen-momen sepanjang latihan dijalankan.


Murid beratur di luar kelas setelah mendengar loceng kecemasan

Murid menggunakan laluan kecemasan

Murid menuju ke tempat berkumpul

Guru merekod jumlah murid mengikut kelas

Cikgu.....kopi ais tetap selamat...

Jumlah  murid perlu dikira bagi memastikan semua berada di tempat berkumpul
Bersedia untuk mendengar taklimat daripada anggota bomba yang bertugas

Ustaz Hariz Safwan sebagai Pengerusi Majlis pada petang ini

Taklimat kebakaran telah disampaikan oleh En Khairul Anuar bin Arshad

Demonstrasi memadam kebakaran 


Murid diberi peluang untuk memadam kebakaran

Cikgu Affiqah tidak ketinggalan untuk mencuba

Anggota bomba membantu murid menggunakan "fire extinguisher"

Pn Rozimah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada wakil Jabatan Bomba & Penyelamat, Cyberjaya

Bergambar kenangan bersama sebahagian anggota bomba yang hadir

Murid-murid teruja melihat jentera bomba bersama alatan kecemasan


Bergambar kenangan... Semoga ada di antara kalian nanti akan bertugas sebagai anggota penyelamat

Wow....anggota bomba yang comel

Sekalung penghargaan terima kasih kepada
 Jabatan Bomba & Penyelamat, Cyberjaya.

No comments:

Post a Comment