Wednesday, October 30, 2019

Sambutan Meraikan Pasukan Kriket & Tunas Puteri Peringkat Kebangsaan

Majlis sambutan meraikan Pasukan Kriket & Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan telah diadakan pagi ini. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mutalib bin Tomran, Timbalan Ketua PPD Sepang yang sudi hadir mewakili Tn. KPPD memeriahkan majlis dengan menyampaikan sijil serta cenderamata kepada murid-murid dan jurulatih. Tn. TKPPD juga telah menyaksikan penyampaian replika cek sumbangan dari pihak TNB kepada pihak SRCC.

Nota: 😍
~ 16 orang murid selaku team kriket SKTPP berjaya menjadi Johan Kejohanan MOE-MCA National School Championship Peringkat Kebangsaan 2019
~ 4 orang murid berjaya menerima Anugerah Pandu Puteri Harapan Ketua Pesuruhjaya Kebangsaan 2019

Setinggi-tinggi tahniah buat murid-murid dan jurulatih serta terima kasih banyak diucapkan kepada semua pihak yang memberi sokongan. Teruskan usaha kita membangunkan potensi dan kemenjadian murid hingga ke peringkat tertinggi. Semoga SKTPP terus cemerlang di persada sukan & kokurikulum tanahair...














































Tahniah & Syabas!

Kejohanan Kriket MOE-MCA National Championships 2019 sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment