Tuesday, October 15, 2019

Sambutan Hari Kanak-kanak 2019 (Sesi pagi)

Hari ini, 15 Oktober 2019 merupakan hari yang cukup indah dan bermakna kepada semua murid SKTPP kerana diraikan dalam majlis Sambutan Hari Kanak-kanak. Sesungguhnya setiap tahun murid-murid SKTPP diraikan dalam majlis yang meriah dan ceria. Bagi murid-murid Tahun 6, majlis seperti ini merupakan tahun terakhir mereka diraikan sebagai golongan kanak-kanak di sekolah ini. Tentunya ia merupakan kenangan terindah untuk mereka. Sambutan Hari Kanak-kanak juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia. 

Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah menyampaikan Ucapan Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak. Dalam ucapannya beliau mengatakan bahawa kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga ialah generasi yang bakal mewarisi dunia ini. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah yang merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.

Guru Besar, pihak pentadbir dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana amat berbangga dan gembira dengan pelaksanaan Hari Kanak-kanak yang meriah di sekolah. Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal dari tahun 6 Tabla telah dipilih sebagai Tokoh Kanak-kanak tahun 2019. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid seperti nyanyian solo, Jong-Jong Inai dan Zapin. Anugerah kehadiran penuh dan Anugerah Nilam juga telah diberikan kepada murid-murid. Setiap ketua kelas and penolong turut diberi pengiktirafan dalam Sambutan Hari Kanak-kanak. Berikut merupakan objektif utama pelaksanaan hari kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana:-

1) Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.

2) Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

3) Memilih Tokoh Kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek.

4) Menanam dan meyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka.

5) Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.

Atur Cara:

7.30 pagi
-Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan.
8.00 pagi hingga 9.30 pagi:
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan wakil murid 
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak
- Anugerah Tokoh Kanak-Kanak
- Persembahan PPKI
- Anugerah kehadiran penuh
- Anugerah NILAM
- Persembahan Prasekolah

9.30 pagi hingga 10.00 pagi:
- Rehat semua murid

10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari:
- Persembahan nyanyian Solo
- Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas PPKI dan Prasekolah
- Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 4
- Persembahan Jong jong Inai
- Penyampaian Hadiah Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 5 & 6
- Persembahan Zapin

Berikut adalah antara gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung: 

Keceriaan Pentas dan dewan Hari Kanak-kanak






Ucapan Perasmian Sambutan Hari Kank-kanak oleh
Puan Hjh Rohaidah Binti Mohd Ali  Guru Besar SKTPP


Persembahan murid yang sangat menyeronokkan


Pesembahan Murid PPKI

Puan Guru Besar bersama barisan murid yang terlibat dalam menjayakan perarakan tokoh

Perarakan masuk hadiah-hadiah Tokoh Kanak-Kanak diiringi  barisan pentadbir












Tahniah Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak sesi pagi. Tahniah juga buat ibu bapa Ammar!












Murid-murid berpakaian berdasarkan Tema 'Superhero dan Princess'





Guru-guru turut berpakaian tema Superhero dan Princess

Murid-murid yang menerima Anugerah Nilam 

Murid-murid kehadiran penuh telah diberi pengiktirafan dalam Sambutan Hari Kanak-kanak




Antara Ketua Kelas yang menerima penghargaan dari pihak sekolah atas  sumbangan bakti sepanjang menjawat jawatan Ketua Kelas



No comments:

Post a Comment