Monday, October 21, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39 (Sesi Petang)

Tarikh          : 21 Oktober 2019
Masa           : 1.20 petang
Tempat        : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana 

Pengacara Majlis   :   Puan Hastipa @ Zainon binti Mat Daud


Gambar 1 : Puan Hastipa @ Zainon binti Mat Daud selaku pengacara Majlis Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39 Sesi Petang


Senarai Guru Bertugas : 

1. En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)
2. Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud (P)
3. Pn. Rozimah binti Yaakob
4. Pn. Salmi binti Amir
5. Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman
6. En. Mohd Hadri bin Ag Idris
7. Pn. Halijah binti Mihat




Gambar 2 : Guru-guru bertugas sesi petang minggu ke-39 diperkenalkan kepada murid-murid


Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah




Gambar 3 : Murid-murid berdiri tegak bersama menyanyikan 3 buah lagu rasmi


2 . Bacaan doa oleh Adik Muhammad Hakim Rizqi Bin Norazmi ( 3 Ibnu Thufail ).





Gambar 4 : Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Hakim Rizqi Bin Norazmi
(3 Ibnu Thufail).


3 . Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud



Gambar 5 : Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh 
Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud




Gambar 6 : Murid murid sesi petang membaca ikrar


4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Adlina Ryhana Binti Mohd Rozimi ( 3 Ibnu Thufail )




Gambar 7: Ketua Pengawas, Adik Adlina Ryhana memimpin bacaan ikrar murid


5 . Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Ke-38) oleh Pn. Rafini Binti Othman



Gambar 8 : Puan Rafini menyampaikan laporan bertugas minggu lepas

  • Antara intipati laporan yang disampaikan ialah :
  1. Pada minggu lepas terdapat beberapa kes kecederaan murid berlaku. Oleh hal yang demikian, murid-murid perlu menjaga keselamatan diri semasa berada di kawasan sekolah. Pn. Rafini turut mengingatkan murid supaya tidak berlari dan tolak-menolak di antara satu sama lain semasa di kawasan sekolah terutama sekali ketika musim hujan bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini berlaku.
  2. Isu kebersihan kelas juga perlu diberi perhatian. Didapati terdapat banyak sampah bertaburan di atas lantai. Perkara ini perlu dielakkan untuk memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kondusif.

6. Tema ucapan mingguan pada minggu ini ialah : Solat Tiang Agama. Ucapan telah disampaikan oleh Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud. Antara intipati ucapan tema adalah seperti berikut :

  • Pengertian solat, jumlah solat dan setiap rakaat dalam solat.
  • Solat ibadah wajib dilakukan untuk seluruh umat islam di dunia ini.
  • Belajar cara menunaikan solat serta fahami isi kandungan rukun islam bahawa kewajiban menunaikan solat amat penting dalam kehidupan sebagai umat islam.
  • Tanpa solat, ibarat rumah tanpa tiang.
  • Solat dapat melahirkan serta membina umat islam yang terbaik, cermerlang dunia dan akhirat.
  • Solat juga dapat mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
  • Dapat mendidik hati untuk sentiasa sabar dan bersyukur serta dapat menghilangkan sifat hasad dengki dalam kalangan manusia.

7. Perkataan Lawad
·         Bahasa Melayu : menyeberangi - melalui atau menempuh sungai
·         Bahasa Arab : مَطْعَمٌ - Restoran
·         Bahasa Inggeris : hill - Bukit


8. Manual Perhimpunan (BPI) Pendidikan Sivik Bulan Oktober

Manual Perhimpunan (BPI) Pendidikan Sivik Bulan Oktober telah disampaikan oleh Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud. Intipati ucapan adalah seperti berikut :

Nilai Teras : Kasih Sayang
Tajuk : Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

·         Menghormati kedaulatan raja dan negara.
·         Menumpukan sepenuh taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
·         Murid perlu mengenali raja dan pemimpin negara.

9 . Ucapan En. Saifullah Bin Mat Saupi


Gambar 9 : En. Saifullah Bin Mat Saupi menyampaikan ucapan

  1. Memberikan taklimat berkenaan tatacara mengosongkan bangunan ketika kecemasan.
  2. Siren akan berbunyi lebih lama ketika kecemasan.
  3. Murid sentiasa mematuhi arahan guru sepanjang tempoh kecemasan.
  4. Beratur di luar bilik darjah dan pergi ke kawasan berkumpul di padang sekolah.
  5. Diharap murid sentiasa peka dengan makluman kecemasan dari semasa ke semasa.

Perhimpunan berakhir pada jam 2.20 petang.

Laporan Disediakan Oleh :
En. Mohd Hadri Bin Ag Idris

No comments:

Post a Comment