Monday, October 21, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-39 (Sesi Pagi)

Tarikh                   : 21 Oktober 2019
Hari                      : Isnin
Masa                    : 7.30 pagi
Tempat                 : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis : Encik Hafiz Bin Md Noor

Pengacara majlis memperkenalkan barisan guru bertugas bagi minggu ke-39.

Senarai guru bertugas :
1. Encik Hafiz Bin Md Noor (Ketua)
2. Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif 
3. Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
4. Puan Roslina Binti Jafar
5. Puan Siti Rabiaah Binti Mohammad
6. Puan Noorayuni Binti Ab. Fatah
7. Puan Nurul Izziani Binti Mohd Latif
8. Puan Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz

Barisan guru bertugas Kumpulan G


Tiada perhimpunan rasmi minggu ke-39 kerana Minggu Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2019.  Hanya ucapan ringkas daripada PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am berkaitan beberapa perkara. 
Antaranya, Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan;

1.Pihak sekolah akan memulakan kerja menaiktaraf bagi membesarkan surau bermula pada 22 Oktober 2019 sehingga 22 Disember 2019.
2.Majlis perasmian projek naik taraf (pecah tanah) akan disempurnakan oleh Tn Hj Arbain Bin Pinni; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang pada 22 Oktober 2019.
3.Surau akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh kerja menaiktaraf. Surau sementara      akan dibuka di Bilik Kesihatan. Laluan ke bilik Disiplin juga akan ditutup.
4.Semua murid tidak dibenarkan berada berhampiran dengan kawasan pembinaan. Ini bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.


Perhimpunan tamat dan murid beratur masuk ke kelas masing-masing dan bersedia untuk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2019.

Disediakan oleh;
Roslina Binti Jafar

No comments:

Post a Comment