Wednesday, October 16, 2019

Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang

Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang telah diadakan pada hari Jumaat, 16 Oktober 2019 di Padang SK Taman Putra Perdana. Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang ini merupakan program kali ke-4 dianjurkan oleh SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Kejohanan ini mensasarkan sekolah-sekolah di Daerah Sepang dan juga jalinan persahabatan PPDa sekolah bersama komuniti setempat dalam siri melebarkan slogan "Hidup Sihat dan Cergas Tanpa DARVIH". Terima kasih diucapkan kepada Puan Haslina bt. Hashim, Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang yang sudi hadir untuk merasmikan Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang. Kejohanan Bola Sepak ini turut dihadiri penganjur bersama Encik Zamri bin Hassan; Presiden ZH Soccer Star, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Putra Perdana dan pemain-pemain profesional Liga Malaysia, Encik Faiz bin Subri, Encik Fitri bin Omar serta En. Khyriel Muhymeen bin Zambri.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Puan Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Dalam ucapan beliau mengungkapkan kata-kata perangsang demi menyemarakkan lagi semangat dan minat pemain-pemain bola sepak di samping menjauhi gejala dadah dan DARVIH dalam kehidupan seharian Antara objektif utama pelaksanaan Kejohanan Bola Sepak ini adalah:

1) Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid.
2) Melahirkan murid yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan bola sepak.
3) Memupuk semangat kesukanan dan disiplin murid.
4) Mencungkil bakat-bakat baru murid.
5) Menjauhi gejala Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan & HIV/AIDS.

Atur Cara Program 

7.30 pagi         : Ketibaan wakil sekolah/ pendaftaran
8.00 pagi         : Taklimat/undian
                          Perlawanan bola sepak bermula
12.00 tgh         : Majlis penutup
                          - Ucapan Pengerusi Majlis
                          - Ucapan Guru Besar
                          - Ucapan Pemenang PUSKAZ                                 FIFA AWARD, En. Faiz Subri
                          - Ucapan Perasmian Pn. Haslina bt Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang.
1.00 ptg           : Jamuan
2.00 ptg           : Bersurai

Penyampaian Hadiah

Pengurus Teknik Bola Sepak Sepang : Encik. Zailan bin Ibrahim
Piala Teknikal Perlawanan : Mohd Afendi bin Mohd Noor, Mohd Kamalrudin bin Aluwi
Piala Ikon Bola Sepak : Encik. Faiz bin Subri

Anugerah Individu 
1) Penjaga Gol Terbaik : Mohd Ikram Syawal b. Fattudin (SK Dengkil)
2) Penjaring Terbanyak : Wan Israf Rafiq b. Mohd Syukri (SKTPP 2)
3) Pemain Terbaik : Mohd Norazam bin Norzamani (SK Dengkil)

Penerima Hadiah Tempat Ketiga:
1) SK USJ 20
2) SK Baharu Lanjut

Naib Johan 
1) SKTPP 2

Johan 
1) SK Dengkil

Saguhati penyertaan
1) SKTPP
2) SK Taman Gembira, Klang
3) Cyberian
4) SK Pulau Meranti

Ucapan alu-aluan Puan Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Guru Besar SKTPP bersama Pn. Haslina bt Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang dan
Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Putra Perdana

Ucapan Pemenang PUSKAZ FIFA AWARD, En. Faiz Subri 
Guru Besar SKTPP bersama Tetamu-tetamu khas menyaksikan Perlawanan Bola Sepak.
Guru Besar SKTPP menyampaikan cenderahati kepada En. Faiz Subri

Gimik Perasmian Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang

Guru Besar SKTPP menyampaikan cenderahati kepada
 Pn. Haslina bt Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang
En. Zamri menyampaikan 'jersey' sumbangan En. Khyriel Muhymeen bin Zambri (yang terpaksa meninggalkan majlis atas urusan latihan) kepada Puan Guru Besar














Corat-coret sepanjang pertandingan







Lawatan para pemain profesional bola sepak kebangsaan ke Bilik Sumber PPDa disambut oleh Sahabat PPDa


Lawatan Ketua AADK Daerah Sepang; Pn. Haslina binti Hashim ke Ujana Ilmu

No comments:

Post a Comment