Saturday, July 23, 2022

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-18, 2022

Pada hari Sabtu, 23 Julai 2022, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-18 bertempat di padang sekolah. Kejohanan ini disertai oleh 5 rumah sukan iaitu rumah sukan Tuah, rumah sukan Jebat, rumah sukan Lekir, rumah sukan Lekiu dan rumah sukan Kasturi.

Antara objektif kejohanan sukan ini diadakan ialah:-

1. Memupuk semangat kesukanan.

2. Melahirkan semangat daya saing yang sihat.

3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.

Acara yang dipertandingkan ialah acara balapan iaitu 50m, 75m, 100m, 200m, 4x50m, 4x100m dan 4x200m. Selain itu acara tarik tali peringkat akhir juga turut dipertandingkan pada hari tersebut.

Tertib acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk pasukan perbarisan bagi setiap rumah sukan. Usai nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Ketua Kontinjen.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP, Tn. Hj. Khairul Azhar YDP PIBG dan seterusnya ucapan dari perasmi oleh Pn. Hajah Siti Aishah binti Aziz selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang. Seterusnya, perasmi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan 2022 melalui gimik persembahan yang disediakan oleh Ustazah Noorayuni binti Abdul Fatah menandakan bermulanya Kejohanan Sukan Tahunan 2022 secara rasmi.

Kejohanan sukan tahunan sekolah pada tahun ini dimenangi oleh rumah sukan Lekir.  Naib Johan rumah sukan Lekiu, tempat ketiga rumah sukan Tuah, tempat keempat rumah sukan Jebat dan tempat kelima rumah sukan Kasturi. Secara keseluruhannya, semua murid telah melibatkan diri secara aktif dalam sukan tahunan kali ini dan ini memudahkan guru-guru memilih pelapis dan atlet bagi mewakili sekolah dalam Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Sepang tahun 2022. Diharap sukan tahunan ini dapat mencungkil bakat-bakat olahraga dalam kalangan murid dan meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-18:


























Disediakan oleh:
Rosmawati & Nashirah

No comments:

Post a Comment