Friday, July 1, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-13 (Sesi Pagi)

Tarikh : 27 Jun 2022 - 1 Julai 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. Puan Norli Binti Hassan (K)

2. Puan Astina binti Mahad Nor (P)

3. Puan Norsiah binti Mohd Nor

4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz

5. Puan Shahrul Rozaina binti Jelani

6. Puan Juli binti Mahbah

7. Encik Zurilazman bin Abdullah

8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

9. Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

10. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad

11. Puan Norinna binti Mohamed

12. Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson

 

Laporan Perhimpunan Rasmi 

Tarikh : 27 Jun 2022

Hari : Isnin

Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis : Encik Zurilazman bin Abdullah

Tema warna : Biru

Tema ucapan : Sedekah 

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar 

1.1    Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 

1.2    Bacaan doa dipimpin oleh Azim Farhan bin Ahmad Faizal (6 Ibnu Qayyim).

1.3    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Encik Zurilazman bin Abdullah selaku pengacara majlis.

1.4    Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Muhammad Adam Syaqir bin Mohd Hafiz (6 Ibnu Thufail).

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-12. 

2.1    Laporan guru bertugas pada minggu lepas disampaikan oleh Puan Nurliza binti Ab Rahman.

  • Menasihatkan murid-murid agar tidak mengulangi kes buang buku semasa latihan merentas desa.
  • Mengingatkan murid-murid untuk menyimpan bekas makanan yang dibawa setelah selesai makan di kantin kerana terdapat banyak bekas makanan ditinggalkan di kaki lima kantin sekolah.
  • Mohon semua murid bergerak dalam barisan kelas dan berhati-hati semasa keluar melalui pintu pagar sekolah kerana ada kejadian tolak menolak di pintu pagar B menyebabkan seorang murid perempuan terjatuh hingga patah gigi.

3.0    Ucapan Guru Bertugas. 

3.1    Ucapan guru bertugas pada minggu ini telah disampaikan oleh Encik Zurilazman bin Abdullah. Tema : Sedekah

  • Sedekah meliputi apa-apa pemberian atau amal kebaikan dari segi rohani atau fizikal.
  • Orang bersedekah tidak akan kikir, orang kedekut susah rezekinya.
  • Jangan tunggu kaya baru hendak bersedekah. Bersedekahlah sehingga kita menjadi kaya.
  • Kelebihan amalan sedekah : Kaya harta, kaya akhlak, memperoleh pahala berlipat ganda, menghapuskan dosa dan sebagainya.
  • Wujudkan tabung subuh di rumah. Apabila tabung sudah penuh, sedekahkan kepada rumah anak yatim atau surau

         3.2    LAWAD pada minggu ini     

  • Bahasa Melayu : Besar hati - Gembira
  • Bahasa Inggeris : Share - Kongsi
  • Bahasa Arab : احتفال 'ihtifalun' - sambutan             

 4.0    Penyampaian hadiah

4.1    Penyampaian hadiah Kejohanan Rugby Youth Challenge 2022 anjuran KL Saracens pada 5 Jun 2022 bertempat di Universiti Putra Malaysia : Naib Johan Bowl

4.2    Penyampaian hadiah Pertandingan Kalam Arabiy Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2022 Secara Atas Talian.

  • Johan (Kategori Lelaki) : Megat Fiqri bin Megat Roslan (6 Ibnu Sina)   
  • Naib Johan (Kategori Perempuan) : Nur Syaza Iwani binti Sa'ari (5 Samsung) 

 5.0    Taklimat sukan disampaikan oleh Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib (Setiausaha Sukan)

5.1    Memaklumkan Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2022 akan dilaksanakan pada hari Isnin (27 Jun 2022) selepas tamat sesi perhimpunan. 

  • Tuah (Merah) - Dewan Putra
  • Jebat (Biru) - Dewan Taman
  • Kasturi (Kuning) - Dewan Perdana (Depan)
  • Lekir (Hijau) - Dewan Perdana (Belakang)
  • Lekiu (Jingga) - Lorong Patriotik

5.2    Latihan Sukantara akan dijalankan bermula jam 7.30 hingga 10.00 pagi.  

  • Selasa (28 Jun 2022) : Murid Tahun 4
  •  Rabu (29 Jun 2022) : Murid Tahun 5
  •  Khamis (30 Jun 2022) : Murid Tahun 6
  •  Murid-murid hendaklah memakai pakaian sukan.
  •  Acara sukantara ialah larian 100m, lompat jauh dan lontar peluru. Murid-murid akan dilatih oleh Jurulatih yang terlibat.
  •  Pelibatan murid-murid dalam sukantara akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.

6.0    Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin          

6.1    Menasihatkan murid-murid agar tidak mengulangi kes buang buku.

6.2     Murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mohon maklumkan kepada guru rumah sukan agar dikecualikan dari mengikuti aktiviti sukan. 




Program/Aktiviti sepanjang minggu



 

No comments:

Post a Comment