Friday, July 22, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-16 (Sesi Pagi)

Tarikh : 18 Julai 2022 - 22 Julai 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1) Pn Umi Nazrah bt Saharoni (K)

2) Pn Nor-Azura bt Mustafa (PK)

3) En Srimahathevan a/l Vadivelu 

4) Pn Zailezah bt Sardi

5) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji

6) Pn Norzainon bt Mohd Razalli 

7) Pn Norlida bt Othman

8) Pn Nor Hanim bt Ismail

9) Pn Norazian bt Mat Anuar

10) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed

11) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze

12) Cik Azwane bt Adnan


Laporan Perhimpunan Rasmi 

Tarikh : 18 Julai 2022

Hari : Isnin

Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis : Cik Azwane binti Adnan

Tema warna : Hijau

Tema ucapan : Ikhlas 

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar 

1.1    Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 

1.2    Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Nasyruamsyar bin Sa'ari (6 Ibnu Khaldun).

1.3    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Cik Azwane binti Adnan selaku pengacara majlis.

1.4    Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail).

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-15. 

2.1    Laporan guru bertugas pada minggu lepas disampaikan oleh Puan Faridatul-Akmal binti Ismail.

- Menasihatkan murid-murid agar tidak berlari di Dewan Perdana dan Dewan Putra  kerana dibimbangi terhantuk di tiang dan terlanggar kawan.

- Lazimkan memberi salam dan senyuman kepada guru dan rakan serta sesiapa sahaja yang berada di kawasan sekolah. 

- Diingatkan bagi murid datang ke sekolah menaiki van, motor dan kereta, sila masuk melalui pagar B. 

- Penggunaan pagar di SKTPP ada 3 laluan iaitu: 

1. Pagar A1: khusus untuk laluan bagi kenderaan guru / kakitangan / pelawat dan murid berjalan kaki serta berbasikal sahaja.

2. Pagar A2: khusus untuk laluan bagi murid yang menaiki basikal sahaja.

3. Pagar B: khusus untuk laluan murid datang dan balik dengan menaiki kereta, van sekolah, bas sekolah dan motorsikal. Oleh itu, bagi ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah menggunakan kenderaan persendirian hendaklah melalui pagar B. 

- Murid-murid diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti sukan. Ianya adalah untuk mengelakkan dari berlaku kecederaan atau kemalangan.

- Murid-murid juga diingatkan buang sampah di dalam tong sampah. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. Ringankan tangan untuk mengutip sampah yang ada di kawasan sekolah. kebersihan adalah separuh dari iman. 

3.0    Ucapan Guru Bertugas. 

3.1    Ucapan guru bertugas pada minggu ini telah disampaikan oleh Cik Azwane binti Adnan

Tema : Ikhlas.

1. Murid-murid hendaklah sentiasa ikhlas dalam memberi bantuan kepada guru dan rakan-rakan. Dalam masa yang sama, murid-murid juga hendaklah ikhlas dalam menimba ilmu. 

2. Jadilah orang yang paling ikhlas bukan yang paling baik, kerana dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. 

3.2    LAWAD pada minggu ini     

Bahasa Melayu : Buah Hati : orang yang disayangi

Bahasa Inggeris : Visit : lawat

Bahasa Arab : احدلو (dalwun) - baldi

4.0    Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun 

1. Murid-murid hendaklah menyanyi dalam keadaan yang bersedia dan berdiri tegak. Semasa berada dalam majlis rasmi, mohon murid-murid menghormati majlis dengan tidak bercakap sesama sendiri. 

2. Pastikan tangan berada di tempat yg betul sewaktu membaca ikrar iaitu di paras bahu. 

3. Murid-murid yang datang lewat semasa perhimpunan hari Isnin diingatkan supaya terus duduk mengikut kelas masing-masing di dataran perhimpunan. Tidak perlu naik ke kelas untuk menghantar beg. Murid-murid yang datang awal ke sekolah boleh menghantar beg ke kelas masing-masing. Semua murid diingatkam supaya datang awal ke sekolah setiap hari.

4. Pastikan bawa  bekalan air minuman yang mencukupi sepanjang hari persekolahan. 

5. Murid-murid diingatkan untuk melintas jalan dengan selamat. Mohon lihat kenderaan sebelum melintas jalan.

6. Bagi murid tahun 5 yang menerima peranti Cerdik, mohon pastikan apa yang diterima itu lengkap. Akan ada penyelenggaraan peranti tersebut. Ustaz Ishak akan memaklumkan bila perlu dibawa ke sekolah. Jika ingin tukar sekolah, pastikan pulangkan pada pihak sekolah di pejabat seperti asal. Isikan borang pemulangan semula.

  Aktiviti sepanjang minggu ini:-

No comments:

Post a Comment