Thursday, July 7, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-14 (Sesi Pagi)

Tarikh :  4 - 7 Julai 2022

Hari    :  Isnin - Khamis

Tema :  Jingga

Kumpulan Bertugas    :  Kumpulan B

  1. Puan Musaliha binti Mustafa (K)
  2. Puan Roslinda binti Mansor (P)
  3. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
  4. Puan Jamilah binti Yusof
  5. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
  6. Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman
  7. Puan Rafidah binti Salleh
  8. Puan Roseniza binti Setapa
  9. Puan Rosmawati binti Md Desa
  10. Puan Safinatunajakh binti Mat Som
  11. Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
  12. Encik Wan Faizol bin Wan Mat

Laporan Perhimpunan Rasmi

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

1.1    Perhimpunan rasmi dimulai dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

1.2    Bacaan doa yang dipimpin oleh Muhammad Hadif Danial bin Azmaini dari kelas 6 Ibnu Sina.

1.3    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang diketuai oleh Puan Roslinda binti Mansor selaku pengacara majlis dari kumpulan bertugas.

1.4    Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh Muhammad Adam Syaqir bin Muhammad Hafiz dari kelas 6 Ibnu Thufail merangkap Ketua Murid sesi 2022/23.

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu ke-13 oleh Puan Norli binti Hassan

2.1    Kebersihan Kelas 
  • mengingatkan murid agar sentiasa menjaga kebersihan di dalam kelas
  • semua murid perlu bekerjasama dan saling membantu untuk menjalankan tanggungjawab walaupun tiada jadual tugasan yang ditetapkan.
2.2    Kebersihan Kantin
  • sepanjang sesi persekolahan minggu lepas didapati murid tidak menjaga kebersihan kantin selepas selesai menikmati makanan.
  • pinggan/bekas makanan ditinggalkan di atas meja selain makanan yang tumpah dibiarkan tanpa dikutip atau dibersihkan.
  • terdapat juga cawan kertas yang diletakkan di laluan antara kantin dan PPKI.
  • berharap agar dapat ditambahbaik pada minggu akan datang
2.3    Kehadiran Murid ke Sekolah
  • memastikan murid menoleh kiri dan kanan sebelum membuka pintu kereta atau semasa melintas jalan menuju ke pintu pagar B.
  • masih ramai murid yang hadir lewat ke sekolah walaupun telah berulangkali diingatkan
  • memohon murid menepati masa yang ditetapkan untuk hadir ke sekolah iaitu selewat-lewatnya 7:20 pagi.

3.0    Ucapan Guru Bertugas - Cikgu Roslinda binti Mansor

3.1    LAWAD 
  • Bahasa Melayu  :  buah tangan - hadiah atau ole-ole
  • Bahasa Inggeris  :  think - fikir
  • Bahasa Arab  :  yaumun - hari
3.2    Tema  :  Syukur
  • maksud syukur ialah berterima kasih  
  • bersyukur dalam perkataan lain ialah berterima kasih
  • contoh : kita mestilah sentiasa bersyukur atas apa yang Allah beri atau kurniakan kepada kita, bersyukur diberi peluang bersekolah, bersyukur mendapat kasih sayang daripada keluarga dan kawan-kawan serta bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sekarang
  • kesimpulannya rasa bersyukur membuatkan diri menghargai segala yang dinikmati

4.0    Penyampaian Hadiah

4.1    Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan STEM - dipimpin oleh Cik Azwane binti Adnan

4.1.1    Catapult
  • Johan  :  Persatuan Bahasa Arab
  • Naib Johan  :  Kelab Doktor Muda
  • Tempat Ketiga  :  Kelab Kerjaya
  • Tempat Keempat  :  Kelab Komputer
4.1.2    Bangunanku
  • Johan  :  Kelab Rukun Negara
  • Naib Johan  :  Kelab Sains dan Teknologi
  • Tempat Ketiga  :  Kelab Muzik
  • Tempat Keempat  :  Persatuan Bahasa Inggeris
4.1.3    Kereta Belon
  • Johan  :  Kelab Kebudayaan
  • Naib Johan  :  Kelab SPBT
  • Tempat Ketiga  :  Persatuan Bahasa Melayu
  • Tempat Keempat  :  Persatuan Agama Islam
  • Tempat Kelima  :  Kelab Pencegahan Jenayah
4.2    Penyampaian Hadiah Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa - dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Muhammad Taib

4.2.1    Markah keseluruhan Kejohanan Merentas Desa
  • Lekir - 248 mata
  • Lekiu - 236 mata
  • Tuah - 188 mata
  • Kasturi - 171 mata
  • Jebat -119 mata
4.3    Pelantikan Pengawas Musalla Raudatul Ilmi - dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah

4.3.1    Senarai nama yang terpilih menjadi Pengawas Musalla adalah seperti berikut :
  • Farhana Kaisara bt bt Ahmad Fawwaz (5 Vivo)
  • Nur Aina Aleesya bt Mohd Husairui (5 Samsung)
  • Aleesya Safiyyah bt Mohd Rashidi (6 Ibnu Thufail)
  • Nur Faqeuhah Raxquille Elyaniputri bt Zulkifli (6 Al Khawarizmi)
  • Nur Aleesya Hana bt Mohamad Yunus (4 Solaris)
  • Muhammad Irfan Darwisy bin Morliady (4 Solaris)
  • Ahmad Eiyaz Zikri bin Muhd Zukhairi (5 Neffos)
  • Muhammad Amin Rizqi bin Mohd Azwadi (4 Windows)
  • Muhammad Adib bin Mohd Saiful Azly (6 Ibnu Thufail)
  • Muhammad Auf Naufal bib Anugrah (6 Ibnu Thufail)
  • Ahmad Asyraaf Hakimi bin Suhaidi (5 Sony)

5.0    Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI - Puan Norhamizah binti Hamzah

5.1    Murid Lewat
  • murid yang lewat seolah-olah tidak menghormati perhimpunan dan lagu kebangsaan kerana murid tersebut terus berjalan menuju ke barisan kelas 
  • mohon murid yang terlibat lebih peka dan tidak mengulangi perbuatan sedemikian
5.2    Ucapan tahniah kepada semua pemenang dalam setiap acara yang terlibat

5.3    Rakan Inklusif
  • memaklumkan ada murid PPKI yang akan masuk ke kelas bersama murid arus perdana 
  • berharap semoga rakan-rakan yang lain dapat memberi kerjasama untuk membantu murid PPKI yang terlibat
5.4    memaklumkan cuti sempena Hari Raya Aidil Adha akan bermula pada Jumaat, 8 Julai sehingga Isnin, 11 Julai 2022.  Murid akan bersekolah semula pada hari Selasa, 12 Julai 2022.

Perhimpunan tamat jam 8:35 pagi.

Berikut rangkuman gambar-gambar sepanjang Perhimpunan Rasmi













Program/Aktiviti Sepanjang Minggu

Peserta Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sepang

Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSSD Sepang : SKTPP menjadi Naib Johan. Tahniah!

Perasmian Jersi Baru Pasukan Bola Sepak SKTPP




No comments:

Post a Comment