Friday, July 15, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Tarikh : 12 - 15 Julai 2022

Hari     : Selasa - Jumaat

Masa   : 7.30 pagi - 1.00 petang

Senarai Nama Guru Bertugas:

  1. Rosmizawati binti Yusub (K) 
  2. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah (P)
  3. Faridatul-Akmal binti Ismail
  4. Junaidah binti Rus
  5. Nur Murni binti Abdullah
  6. Nurul Iman binti Illyas
  7. Ahmad Musrizuan bin Daud 
  8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  9. Mazzaini binti Muda
  10. Mohd. Azarul bin Mohd. Mokhtar
  11. Muhammad Afiq bin Azli
  12. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
Alhamdulillah, sesi persekolahan minggu ke-15 telah selesai. Guru bertugas Kumpulan C juga telah berjaya menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Pada minggu ini, sesi persekolahan dimulakan pada hari Selasa kerana hari Isnin merupakan cuti umum bagi semua warga sekolah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.

Aktiviti persekolahan diteruskan seperti biasa seiring dengan aktiviti latihan sukan di sebelah pagi sempena Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 23 Julai 2022. 

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang minggu ini. Sekolah kita juga turut menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang dan Kejohanan Hoki MSSD Sepang. Selain itu, sekolah juga telah menerima kunjungan dari para hakim bagi pertandingan Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) KPM Peringkat Negeri Selangor 2022. Sekolah kita mewakili Daerah Sepang bagi kategori musalla sekolah rendah. Pihak sekolah dan juga ahli jawatankuasa yang terlibat telah memberikan komitmen yang amat baik sepanjang proses penarafan tersebut berlangsung. 

Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini:

Waris menghantar murid di Pagar B.

Murid tiba di sekolah.

Murid bergerak menuju ke kelas masing-masing dengan tertib.

Pengawas bertugas mencatat nama murid yang lewat.

Seterusnya, perkongsian pungutan gol dan gambar Kejohanan Bola Sepak U12 MSSD Sepang yang telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 15 Julai 2022.  Pada 15 Julai 2022, pasukan bola sepak SKTPP telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Bola Sepak U12 MSSD Sepang. Kejuaraan ini sekaligus mengekalkan kejuaraan hatrik bola sepak U12 MSSD Sepang sebanyak tiga kali berturut-turut (2019, 2020, 2022). Tahniah diucapkan buat para pemain, jurulatih dan warga SKTTP! Semoga kejuaraan ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun yang berikutnya, insyaAllah.

Pusingan Pertama
SKTPP - 1 vs SK Kampung Baharu Lanjut - 0
SKTPP - 3 vs SK Sg. Rawang - 0

Pusingan Kedua:
SKTPP - 2 vs SK Sg. Merab Luar - 0

Pusingan Suku Akhir:
SKTPP - 2 vs SKTPP2 - 0

Pusingan Separuh Akhir:
SKTPP - 3 vs SK KLIA - 2 (sepakan penalti setelah terika

Pusingan Akhir:
SKTPP - 3 vs SK Kampung Baharu Lanjut - 0

Jumlah jaringan gol SKTPP: 11 gol


Barisan pemain bola sepak U12 SKTPP yang hebat dan bersemangat waja.

Para pemain sedang bersedia untuk menentang SK Sg. Merab Luar.

Tahniah SKTPP, hatrik johan MSSD Sepang U12! 

Juara bertahan tiga tahun berturut-turut, alhamdulillah. 

Sekolah kita turut menyertai Kejohanan Hoki MSSD Sepang pada 13 Julai 2022 dan mendapat Tempat Keempat. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Hoki Seremban 2. Tahniah diucapkan kepada pemain hoki sekolah serta para jurulatih yang terlibat atas usaha dan komitmen yang diberikan. Insyaa Allah kita akan berjaya pada tahun depan hasil pengalaman yang diperolehi pada tahun ini.

Pasukan hoki SKTPP yang tangkas dan bersemangat waja

Tahniah atas kejayaan mendapat Tempat Keempat Kejohanan Hoki MSSD Sepang

Pada 14 Julai 2022 pula, Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) KPM Peringkat Negeri Selangor 2022 telah berlangsung. Kedatangan hakim dan PPD  disambut dengan persembahan silat di lobi sekolah. Seterusnya, hakim dijemput ke Taman Musalla oleh Pengawas Surau. Pengawas Surau memberi penerangan mengenai 'Raudatul Ilmi', 'Pondok Inovasi' dan 'Replika Al-Quran'. Kemudian para hakim dijemput masuk ke Musalla, bergambar bersama pentadbir, mendengar pembentangan oleh Guru Besar dan menyemak fail-fail penilaian yang telah disediakan dengan rapi. Hakim juga dibawa melawat kawasan sekolah setelah selesai sesi penilaian. Berikut dikongsikan beberapa gambar pada hari kejadian:

Landskap sekitar surau 'Raudatul Ilmi'

Persembahan silat oleh murid


Hakim mengisi buku lawatan dan memulakan penilaian

Suasana di dalam surau

Penyerahan cenderahati kepada para hakim dan PPD

Penyerahan cenderahati dan sesi bergambar

Begitulah suasana persekolahan, kejohanan sukan MSSD Sepang dan program yang telah berlangsung sepanjang minggu ke-15. Tahniah diucapkan kepada warga SKTPP atas segala pencapaian yang telah diterima. Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas minggu ini. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai. 

Disediakan oleh:
Nur Murni binti Abdullah

No comments:

Post a Comment