Friday, July 29, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-17 (Sesi Pagi)

Tarikh: 26 Julai 2022 – 29 Julai 2022                       

Hari: Selasa - Jumaat

Tema: Bantu - membantu



Senarai guru bertugas: 

1.       Pn. Noriza binti Md Nor (Ketua)

2.       Pn. Zaleha binti Sitam (Penolong)

3.       Cik Syahirah binti Tumar

4.       Pn. Mawaddah binti Kamarulzaman

5.       Pn. Nur Zakiah binti Md Diat

6.       En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

7.       Pn. Hanifah binti Ramlee

8.       En. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

9.       Pn. Julaili binti Onian

10.   Pn. Nurhayati binti Mohamed Nor

11.   En. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

12.   Pn. Norliza binti Ali@Yasim

 

Minggu persekolahan minggu ke-17 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai guru bertugas Kumpulan E menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Pada minggu ini, sesi persekolahan bermula pada hari Selasa memandangkan hari Isnin merupakan cuti peristiwa bagi semua warga sekolah bersempena dengan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana kali ke-18 yang telah selesai diadakan pada hari Sabtu yang lepas iaitu 23 Julai 2022.

Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini:


Murid dihantar oleh ibu bapa/penjaga menaiki kenderaan di Pagar B

Murid hadir ke sekolah menaiki van sekolah


Murid berjalan kaki selepas dihantar menaiki motorsikal


Murid dihantar ke sekolah dengan menaiki motorsikal

Murid RMT mengambil makanan yang telah disediakan

Suasana di kantin semasa murid tahun 5 berehat

Murid perempuan sedang menjamu makanan yang dibeli

Murid perempuan beratur secara tertib semasa membuat pembelian makanan

Murid berkumpul di Dewan Perdana selepas rehat sebelum masuk ke kelas masing-masing dengan kawalan guru bertugas

Suasana murid pulang selepas tamat sesi persekolahan

Murid tahun 6 melalui laluan taman di Bilik RBT menuju ke Pagar A

Murid tahun 4 dan 5 melalui laluan di Bilik j-QAF menuju ke Pagar B

Murid menunggu ibu bapa/penjaga menjemput mereka pulang daripada sekolah

Program Mentor Mentee Kali ke-2 Sesi 2022/2023

Sesi persekolahan yang bermula pada hari Selasa dimulakan dengan pengisian program Mentor Mentee yang dijalankan buat kali yang kedua selepas kali pertama ianya dijalankan pada bulan April yang lalu. Program ini berlangsung selama 30 minit bermula pada jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 8.00 pagi dengan penglibatan semua murid dan guru mata pelajaran di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

Program Mentor Mentee ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Di antara objektif pengisian program ini adalah:

  1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
  2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
  3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

Berikut merupakan gambar-gambar pengisian program yang diambil:

Sesi mentor mentee bersama Ustazah Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

Sesi mentor mentee bersama Cikgu Norli binti Hassan

Sesi mentor mentee bersama Cikgu Claudia

Sesi mentor mentee bersama Cikgu Norazian binti Mat Anuar

Sesi mentor mentee turut berjalan di Prasekolah

Sesi mentor mentee bersama Cikgu Nurul Nadirah

Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Juli binti Mahbah bersama dengan mentor, Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Aktiviti Kokurikulum (Kelab dan Persatuan)

Setelah hampir sebulan aktiviti kokurikulum ditangguhkan kerana memberi laluan kepada latihan sukan, aktiviti ini diteruskan kembali pada minggu ini dimulakan dengan Kelab dan Persatuan pada hari Rabu, 27 Julai 2022. Aktiviti dijalankan selepas tamat sesi persekolahan pada waktu pagi yang melibatkan semua murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

Berikut serba sedikit aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan:


Kelab Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bergabung kerana kekangan tempat perjumpaan disebabkan hujan

Murid sedang mendengar panduan daripada guru penasihat

Aktiviti Kelab Persatuan Sains dan Teknologi

Murid menyediakan catapult di dalam kumpulan masing-masing

Murid menggunakan kreativiti dalam menghasilkan catapult yang bagus dan terbaik

Aktiviti Kelab Persatuan Doktor Muda - Ukuran BMI

Guru penasihat sedang memberikan panduan dan pencerahan berdasarkan ukuran BMI yang telah diambil

Guru penasihat, Cikgu Fatin Huzaikka sedang mengambil ukuran berat dan tinggi murid

Murid melakukan aktiviti menyanyikan lagu Kelab Doktor Muda

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu (Kesedaran Kendiri & Asas komunikasi) Tahun 2022

Pada hari Jumaat, 29 Julai 2022 pula telah diadakan Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu (Kesedaran Kendiri & Asas komunikasi) selepas bacaan yaasin. Program telah dijalankan di Terminal Muafakat melibatkan semua Ahli Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Putra Perdana.


Program Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu

Ahli PRS sedang melakukan aktiviti bersama pakar motivasi jemputan : Bro Sham

Semua warga sekolah boleh melayari blog Bimbingan dan Kaunseling untuk melihat pelaksanaan program yang telah dijalankan melalui pautan yang telah disediakan di bawah:

 https://kaunselingsktpp.blogspot.com/2022/07/kursus-pembimbing-rakan-sebaya-tahap.html

Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.

No comments:

Post a Comment