Friday, July 1, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-13 (Sesi Petang)

 Tarikh :     27 Jun - 1 Julai 2022
 Hari :         Isnin
 Kumpulan : A

Senarai guru bertugas pada minggu ini :-

1. En. Nor Amirulfitri bin Othman
2. Pn. Nora Azean binti Che Othman
3. Pn. Azizah binti Hamid
4. Pn. Nor Rafini binti Othman
5. Pn. Norhana binti Nordin
6. Pn. Farhana binti Fuzi
7. Pn. Rozimah binti Yaakob
8. Pn. Rosmanini binti Rahim
9. Pn. Salmi binti Adnan
10. Pn. Norazmira binti Kadirun

Barisan Guru Bertugas

Laporan Sepanjang Minggu

Perhimpunan Rasmi

Tarikh :      27 Jun 2022 ( Isnin)

Masa :        1.10 - 1.40 petang

Tempat :    Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis : Pn. Azizah binti Hamid 

Warna Tema : Biru

Ucapan Tema : Menjaga Kebersihan Diri

1.0     Nyayian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

    1.1  Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

    1.2  Bacaan doa dipimpin oleh : Ahmad Akmal Zikri bin Zamree dari kelas 3 Zircon

    1.3  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya diketuai oleh Pn. Azizah binti Hamid selaku pengacara majlis

    1.4  Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh : Annisa Jannah binti Mohd Fadil dari kelas Amber

2.0     Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-12

    2.1  Laporan guru bertugas pada minggu ini disampaikan oleh En. Ahmad Junaidi bin Abdullah. Intipati laporan seperti berikut:-

  • Murid-murid diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata terutama ketika rehat dan ketika berkumpul di tapak perhimpunan
  • Jika hujan, murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran walaupun waktu rehat dan mesti berada di kantin atau di dewan, dan jangan bermain hujan
 3.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang

    3.1  Ucapan Penolong Kanan Petang oleh Pn. Siti Raudah binti Hamid
Intipati ucapan beliau mengingatkan murid tentang:-
  • Tidak ponteng sekolah, datang sekolah seperti biasa dan jika sakit atau demam perlu bagi surat kepada pihak sekolah samada surat cuti sakit atau seumpamanya
  • Murid-murid hendaklah  sentiasa peka setiap maklumat yang disampaikan oleh guru untuk disampaikan kepada ibu bapa
  • Murid lelaki hendaklah memakai tali leher dan pakai dengan kemas
  • Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih
4.0 Taklimat Latihan Sukan

    4.1 Talimat ini disampaikan oleh : En. Nor Amirulfitri bin Othman   selaku Naib Setiausaha Sukan. Intipati daripada taklimat ialah:
  • Murid tahap 1 terlibat dengan Sukaneka dan juga Sukantara 
  • Latihan sukan akan berlangsung bermula minggu ini sehingga Hari Sukaneka pada 22/7/2022
  • Latihan sukan akan diadakan pada waktu petang iaitu mulai pukul 4.10 petang
  • Murid-murid perlu memakai pakaian sukan sepanjang latihan sukan
  • Bagi murid yang tidak dapat bersukan kerana masalah kesihatan, ibu bapa hendaklah maklumkan kepada guru kelas
  • Murid-murid diingatkan supaya menjaga disiplin diri ketika latihan sukan dan berada dalam rumah sukan masing-masing bersama guru rumah sukan. Jika ada apa-apa masalah boleh berhubung dengan guru rumah sukan
5.0 Ucapan Guru Bertugas

    5.1 Ucapan Guru Bertugas pada minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Azizah binti Hamid. Antara intipati ucapan ialah: 
  • Memperkenalkan barisan guru bertugas
  • Tema ucapan minggu ini ialah Menjaga Kebersihan Diri
  • Mengingatkan tentang kebersihan diri adalah sebahagian daripada iman dan murid perlu mengamalkannya dengan baik dan terapkan dalam diri tentang kebersihan 
  • Kebersihan juga adalah sebahagian daripada lambang kesihatan sejagat dan juga keperibadian yang unggul
  • Menjaga kebersihan diri dan sekeliling kita adalah amalan mulia
    5.2 Perkataan Lawad Minggu ini

           Bahasa Melayu - Mengemas (Menyusun barang-barang dengan elok)
        Bahasa Inggeris - Basic (Asas)
            Bahasa Arab - Usfur (Batu Kristal)

     5.3 Lain-lain makluman
  • Pemberitahuan tentang Perlaksanaan Kem Bestari Solat yang akan dijalankan pada minggu ini iaitu : Hari Rabu (Tahun 1), Hari Khamis (Tahun 2) dan Hari Jumaat (Tahun 3) bermula pada pukul 1.10 sehingga 3.30 petang pada hari Rabu dan hari Khamis dan pada hari Jumaat bermula 2.10 sehingga 4.10 petang
Dengan berakhirnya ucapan dan makluman yang telah disampaikan oleh Puan Azizah binti Hamid, maka berakhirlah Majlis Perhimpunan Rasmi Sesi Petang pada minggu ini.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 1.40 petang

Antara rakaman gambar aktiviti sepanjang minggu ini:-

Pengerusi Majlis
Puan Azizah binti Hamid

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid

Bacaan Doa

Laporan Guru Bertugas disampaikan oleh Cikgu Ahmad Junaidi bin Abdullah

Guru Penolong Kanan Petang
Puan Siti Raudah binti Hamid sedang memberi beberapa pesanan kepada murid

Taklimat Sukan disampaikan oleh Cikgu Amirul

Guru dan murid-murid ketika perhimpunan

Waktu murid datang ke sekolah di pagar A

Waktu murid datang ke sekolah di pagar B

Murid-murid mencuci tangan sewaktu masuk ke kawasan sekolah

Waktu rehat murid di kantin sekolah

Murid-murid menjalani aktiviti KBS dengan solat jemaah bersama guru fasilitator

Murid-murid tahun 3 menjalani aktiviti KBS dan solat jemaah waktu zohor

Amali wuduk aktiviti KBS

Amali KBS secara teori

Amali KBS secara paktikal

Latihan Sukantara

Murid mulakan latihan sukan dengan senaman

Murid dan guru sangat teruja untuk permulaan latihan sukan

Persediaan untuk latihan

Ujian dan saringan pada setiap murid

Laporan disediakan oleh 
Salmi binti Adnan

No comments:

Post a Comment