Thursday, July 21, 2022

Sambutan Meraikan Kejayaan Pasukan Bola Sepak Mempertahankan Kejuaraan Kali Ketiga Berturut-Turut

Sambutan ini diadakan pada hari Khamis, 21 Julai 2022 dan diadakan di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk meraikan semula kejayaan para pemain mempertahankan kejuaraan Bola Sepak buat kali ketiga berturut-turut iaitu Edisi 2019, 2020 dan 2022 bersama-sama Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan dan semua guru serta semua murid SK Taman Putra Perdana. Walaupun setiap tahun dengan pemain yang berbeza tetapi semangat yang ditunjukkan para pemain adalah sama iaitu hadir untuk menjadi Juara. 

Sambutan ini juga dihadiri oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamed Suffian dan Coach Zamri iaitu Jurulatih ZH Soccerstar serta sebahagian ibu bapa pemain yang sudah tentu berbangga atas kejayaan anak-anak mereka. Sambutan ini dimeriahkan dengan Ucapan Guru Besar, Ucapan YDP PIBG, Ucapan Coach Zamri serta penyampaian semula Medal dan Piala Kejuaraan di hadapan seluruh murid dan warga SK Taman Putra Perdana.

Lebih manis lagi, daripada 15 pemain SKTPP, 9 orang pemain telah terpilih mewakili Daerah Sepang dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSS Selangor. Mengambil kata-kata Coach Zamri dalam ucapannya, "Pencapaian sekarang bukan penentu kejayaan, bahkan yang lebih utama adalah hasilnya pada masa akan datang". 

Setakat ini bekas-bekas pemain Bola Sepak SKTPP yang menjadi Juara Edisi 2019 dan 2020 begitu ramai yang telah menyambung pelajaran dalam sukan bola sepak ke sekolah-sekolah sukan dan Akademi Bola Sepak. Malah, beberapa bekas pemain juga telah menyambung minat ke Sukan Olahraga di Sekolah Sukan yang terkenal di Malaysia. Akhir sekali, semoga semua pemain bola sepak yang telah mengharumkan nama sekolah akan berjaya pada masa hadapan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Di bawah disertakan gambar sepanjang sambutan dijalankan:

Semua pemain bersedia untuk berarak bersama Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan dan ibu bapa pemain

Guru Besar, Puan Rohaidah bt Mohd Ali bersama Piala Kejuaraan

YDP PIBG Tn Haji Khairul Azhar bersama Guru Besar, Pn Rohaidah dan Ketua Pasukan Dayyan mengetuai perarakan



































No comments:

Post a Comment