Friday, July 8, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-14 (Sesi Petang)

Tarikh: 4 Julai 2022 hingga 7 Julai 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat

Masa: 12.30 tengah hari sehingga 6.30 petang


Senarai Nama Guru Bertugas:

1. Mohd Hadri bin Ag Idris (K)
2. Suriyana binti Salim @ Nanyan (P)
3. Afandi bin Mat Zin
4. Nor Latipah binti Che Yusoff
5. Nor Holwani binti Yahaya
6. Nur Wahidatuldinah binti Hassan
7. Nornadzirah binti Abd Rahim (Cuti Bersalin)
8. Ummu Athiah binti Haji Hashim
9. Nor Saadah binti Abd Halim
10. Ranjiny a/p Rajah
11. Athirah (Guru Ganti)

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh   : 4 Julai 2022 ( Isnin)

Masa     : 1.10 - 1.40 Petang

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis : Pn. Suriyana Bt Salim

Warna Tema : Jingga

Ucapan Tema : Syukur

1.0     Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

1.1 Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyayian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
1.2 Bacaan doa dipimpin oleh : Ahmad Akmal Zikri bin Zamree dari kelas 3 Zircon
1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya diketuai oleh Pn. Suriyana Bt Salim selaku pengacara majlis
1.4 Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh : Annisa Jannah binti Mohd Fadil dari kelas Amber

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-12

2.1 Laporan guru bertugas pada minggu ini disampaikan oleh En. Hasbullah bin Zainal Abidin. Intipati laporan seperti berikut:-

Murid-murid diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata terutama ketika rehat dan ketika berkumpul di tapak perhimpunan. Jika hujan, murid-murid tidak boleh berkeliaran walaupun waktu rehat dan mesti berada di kantin atau di dewan, dan jangan bermain hujan. 

3.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang

3.1 Ucapan Penolong Kanan Petang oleh Pn. Siti Raudah binti Hamid
Intipati ucapan beliau mengingatkan murid tentang:-
  • Murid-murid hendaklah  sentiasa peka setiap maklumat yang disampaikan oleh guru untuk disampaikan kepada ibu bapa
  • Tidak ponteng sekolah, datang sekolah seperti biasa dan jika sakit atau demam perlu bagi surat kepada pihak sekolah samaada surat cuti sakit atau seumpamanya
  • Murid lelaki hendaklah memakai tali leher dan pakai dengan kemas
  • Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih
4.0 Ucapan Guru Bertugas

4.1 Ucapan Guru Bertugas pada minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Suriyana Binti Salim. Antara intipati ucapan ialah : 
  • Memperkenalkan barisan guru bertugas
  • Tema ucapan minggu ini ialah Syukur
  • Mengingatkan tentang sikap bersyukur dan murid perlu mengamalkannya dengan baik dan terapkan dalam diri tentang bersyukur.
  • Bersyukur juga adalah sebahagian daripada lambang  keperibadian yang unggul
  • Bersyukur adalah amalan yang diterapkan dalam Islam.
5.0 Lain-lain Maklumat
  • Murid tahap 1 terlibat dengan Sukaneka dan juga Sukantara 
  • Latihan sukan akan berlangsung bermula minggu ini sehingga Hari Sukaneka pada 22/7/2022
  • Latihan sukan akan diadakan pada waktu petang iaitu pada pukul 4.10 petang
  • Murid-murid perlu memakai pakaian sukan sepanjang latihan sukan
  • Bagi murid yang tidak dapat bersukan kerana masalah kesihatan, ibu bapa hendaklah maklumkan kepada guru kelas
  • Murid-murid diingatkan supaya menjaga disiplin diri ketika latihan sukan dan berada dalam rumah sukan masing-masing bersama guru rumah sukan. Jika ada apa-apa masalah boleh berhubung dengan guru rumah sukan
Dengan berakhirnya ucapan dan makluman yang telah disampaikan oleh Puan Suriyana Bt Salim, maka berakhirlah Majlis Perhimpunan Rasmi Sesi Petang pada minggu ini.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 1.40 petang

Sepanjang Perhimpunan berlangsung

Antara rakaman gambar aktiviti sepanjang minggu ini:-

Waktu kedatangan murid 


Waktu Pulang

Latihan Sukan

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas Kumpulan B atas komitmen dan saling membantu dalam melaksanakan tugas sepanjang minggu ini. Semoga beroleh keberkatan dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Disediakan oleh;
Pn. Nor Latipah Binti Che Yusoff

No comments:

Post a Comment