Monday, August 29, 2022

Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah Tahun 2022

Alhamdulillah... syukur. Selesai sudah perancangan dan pelaksanaan Pertandingan Madah Intelek PRS yang julung-julung kali dijalankan di peringkat sekolah secara bersemuka. Untuk makluman, SKTPP telah melibatkan diri dalam pertandingan Madah Intelek PRS peringkat daerah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2020 peserta dari SKTPP tiada tempat untuk 5 terbaik. Namun begitu, pada tahun berikutnya (2021) peserta dari SKTPP telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Tahun ini ahli PRS diberi peluang untuk mempersembahkan madah intelek mereka yang bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab PRS" di pentas VIP Lounge, Ujana Ilmu. Kagum cikgu melihat kesungguhan anak-anak PRS menguasai pentas pertandingan. Selaras dengan matlamat pertandingan ini iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah dalam negeri Selangor yang berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas. Cikgu yakin dan percaya bahawa anak-anak PRS SKTPP akan terus berkarisma jika sentiasa diberi ruang dan peluang dalam membangunkan potensi diri.

Sepanjang 3 hari berkampung di VIP Lounge, cikgu mengharapkan anak-anak PRS mengutip sebanyak mungkin ilmu yang telah dipelajari hasil daripada pemerhatian sendiri dan juga bimbingan guru terutamanya ulasan yang diberikan oleh hakim. Sebenarnya, bukan peserta sahaja yang mengutip ilmu malah cikgu juga. Mendengar ulasan daripada ketua hakim iaitu Cikgu Roslinda, secara tidak langsung cikgu juga memperoleh ilmu dari segi bahasa. Contohnya penggunaan perkataan role model tidak sesuai digunakan tetapi  "suri teladan" adalah paling tepat.

Terima kasih sekali lagi kepada barisan pentadbir, barisan hakim dan barisan JK Pelaksana atas sokongan dan kerjasama yang padu. Semoga dapat berkolaborasi lagi pada masa akan datang. Buat wakil sekolah nanti, selamat kembali beraksi di peringkat daerah pada bulan September dan semoga SKTPP berjaya merangkul johan sekali gus mewakili daerah ke peringkat negeri. Sama-sama kita doakan.

                        Untuk melihat buku program sila klik BUKU PROGRAM


Pertandingan Madah Intelek Tahun 5 ( 25 Ogos 2022 - Khamis)








Pertandingan Madah Intelek Tahun 6 ( 26 Ogos 2022 - Jumaat)








Pertandingan Madah Intelek Tahun 4 (29 Ogos 2022 - Isnin)










Soroton video pendek persembahan Madah Intelek 

No comments:

Post a Comment