Monday, August 13, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-30 (Sesi Pagi)

Tarikh : 13 Ogos 2018
Hari     : Isnin
Masa   : 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis: Puan Astina binti Mahad Nor

Guru Bertugas:-

1. Cikgu Astina binti Mahad Nor
2. Cikgu Siti Aisah binti Hanafi
3. Cikgu Nurul Iman binti Illyas
4. Cikgu Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
5. Cikgu Musaliha binti Mustafa
6. Cikgu Mohd Izwan bin Jowahar
7. Cikgu Nurul Izziani binti Mohd Latifi
8. Cikgu Parimala a/p Vengadaslam
9. Cikgu Jamunarani a/p Bhoja Rajan

Barisan guru yang 
bertugas bagi minggu ke-30

Laporan:-

  1. Perhimpunan sesi pagi dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Nyanyian lagu tersebut adalah di bawah pimpinan adik Abby Nurul.
  2. Perhimpunan diteruskan lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Mohd Syafiq bin Mohd Kamarol Hisham dari kelas 4 Uranium.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Nor.
  4. Seterusnya, bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh adik Nurin Adlina binti Hassan.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:-

1. Laporan disampaikan oleh Puan Azlina binti Mat Isa.

  • Beliau mengucapkan tahniah kepada murid tahun 6 iaitu calon UPSR 2018 yang telah berjaya menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR dengan penuh disiplin.
  • Puan Azlina mengingatkan semua murid untuk mematikan suis kipas dan lampu jika tidak berada di dalam kelas bagi mengelakkan pembaziran elektrik.
  • Beliau juga mengingatkan semua murid untuk menggunakan laluan khas pada waktu rehat dan balik. Murid dinasihatkan tidak menggunakan dataran perhimpunan sebagai laluan bagi mengawal  pergerakan murid agar sentiasa teratur dan kemas.
2. Penyampaian  Hadiah Keceriaan Kelas

    i) PPKI :
  • Tempat pertama - Aquatic
  •  Tempat kedua    - Soccer
  • Tempat ketiga    - Archery

   ii) Tahun 4 :
  • Tempat pertama - Elektrum
  • Tempat kedua    - Titanium
  •  Tempat ketiga    - Uranium

 iii) Tahun 5 :
  • Tempat pertama - Nafiri
  •  Tempat kedua  - Canang
  • Tempat ketiga    - Kompang

Bagi tahun 6, pertandingan keceriaan kelas ditangguhkan kerana murid menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR.

5 Nafiri (Johan)

5 Canang (Tempat Kedua)

5 Kompang (Tempat Ketiga)

4 Elektrum (Johan)

4 Uranium ( Tempat Ketiga)

Archery (Johan)

Majlis Pelancaran Minggu Sains 2018 (Sesi Pagi)

  1. Minggu Sains akan dijalankan bermula dari 13 Ogos hingga 18 Ogos 2018 dengan pelbagai aktiviti menarik di bawah kelolaan Panitia Sains SK Taman Putra Perdana.                                                     
  2. Minggu Sains ini dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Dalam ucapan beliau, Puan Hajah Rohaidah mendoakan agar objektif dan matlamat Minggu Sains tercapai dan memohon semua murid memberi kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah dirancang.
  3. Aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan ialah:  
  • Melukis peta konsep Sains berpandukan buku teks
  • Mencipta model Sains berpandukan buku teks
  • Kuiz tentang peralatan Sains dan fungsinya
  • Buku nota Sains tercantik

Ucapan Perasmian Pelancaran Minggu Sains 2018 bagi Tahap 2
Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, YDP PIBG turut memeriahkan majlis.

Aktiviti gimik sempena pelancaran Minggu Sains

Hasil eksperimen.
Sesi merakam gambar kenangan

Perhimpunan rasmi bagi minggu ke-30 berakhir pada jam 9.00 pagi. Murid-murid bersurai dan meneruskan pdpc seperti biasa.
                       
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh;
Cikgu Siti Aisah binti Hanafi

No comments:

Post a Comment