Thursday, August 30, 2018

Sambutan Bulan Kebangsaan 2018

Pentas Merdeka SKTPP 2018
Halus teratur jambangan cempaka,
Di tepi jejawi molek kedidi,
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.

Daun sirih di dalam dulang,
Menjadi hantaran majlis beradat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.

Pada 30 Ogos 2018, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2018.  Program ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP.  Dengan Sambutan Bulan Kebangsaan ini, murid-murid akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Objektif program ini adalah :
  • Menyemai semangat cinta akan negara.
  • Memupuk dan memperkukuh semangat setia kepada negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin, dan bekerjasama.
  • Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Aktiviti Bulan Kebangsaan:
  • Tahun 1 - Pakaian Tradisional
  • Tahun 2 - Tarian
  • Tahun 3 - Koir
  • Tahun 4 - Pakaian Tradisional
  • Tahun 5 - Koir
  • Tahun 6 - Reka Cipta
  • Prasekolah - Pakaian Beragam
  • PPKI - Mewarna Poster
Berikut adalah gambar-gambar Sambutan Bulan Kemerdekaan Sesi Pagi:

Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan
Pengacara Majlis (Pn Nurliza Ab Rahman)

Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Perasmian Majlis disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt  Mohd Ali

Gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Wajah-wajah anak merdeka

Nyanyian Lagu Tema dan Lagu Patriotik

Sebahagian Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kebangsaan
Sesi Pagi 2018

Acara Pakaian Beragam - Murid Prasekolah

Acara Pakaian Beragam - Murid Prasekolah
Hadiah kejutan kepada Pn Maimunah dan En Hafiz
 yang berpakaian mengikut tema. Tahniah..



Jom beralih kepada Sambutan Bulan Kebangsaan Sesi Petang :


Hari ini kami berdua ditugaskan sebagai AJK Fotografi
Dari kiri, Puan Siti Maziah & Puan Nor Arzah

Pengacara Majlis, Cik Nur Affiqah bt Ahmad Subian

Doa dibaca, tangan ditadah.
Bagi memberkati majlis, Al-Fadhil Ustaz Abd Hafiz b Abd Halil memimpin bacaan doa

Ucapan perasmian oleh Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Barisan pentadbir yang turut serta dalam majlis sesi petang
Acara memotong kek dan pulut kuning telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Rohaidah selesai sahaja ucapan oleh beliau

Pulut kuning dan kek yang enak ini merupakan simbolik untuk gimik perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan



Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama bunting Sambutan Bulan Kebangsaan 2018



Jalur gemilang dikibarkan dari aras 2 Blok H terus ke Dataran Perhimpunan




Selesai sahaja gimik pelancaran, guru-guru dan murid-murid menyanyikan dua buah lagu iaitu Warisan & Kita Punya Malaysia




Keceriaan lahir dari hati tanda kesyukuran....Malaysia Kita Punya


Begitu juga murid-murid...penuh semangat kibarkan jalur gemilang dan satu suara laungkan merdeka


Sejurus selesai majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan, pertandingan pakaian tradisional (Tahun 1) dijalankan dan disaksikan oleh ibu bapa yang hadir. Pertandingan ini telah tamat pada pukul 3.20 petang. Semua yang hadir sangat teruja melihat anak-anak kecil memperagakan pakaian tradisional penuh dengan gaya. Seramai 40 orang murid dari Tahun 1 telah memperagakan pakaian masing-masing.



 Encik Nor Amirulfitri.. Pengacara Pertandingan Pakaian Tradisional pada hari ini

Hakim yang arif lagi bijaksana.. Pn Nazahiyah & Pn Norazmira

Masing-masing memperagakan pakaian dengan gaya tersendiri

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar

Pemenang Saguhati

Pemenang Tempat Ketiga

Pemenang Tempat Kedua

Ini dia....peragawan dan peragawati SKTPP

Wajah-wajah riang gembira..Semoga peristiwa ini menjadi kenangan manis kepada kalian





Disediakan oleh:
Pn Roseniza bt Setapa
Pn Juli bt Mahbah
Pn Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
Pn Nor Arzah bt Hussin

No comments:

Post a Comment