Monday, August 27, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-31 (Sesi Pagi)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 27 Ogos 2018
Masa       : 7.30 – 8.00 Pagi
Tempat    : Dewan Perdana

Guru Bertugas

1. Safinatunajakh binti Mat Som
2. Wan Rosmawati binti W. Ibrahim
3. Siti Masra binti Abdul Kadir
4. Norsiah binti Mohd Nor
5. Nurzainon binti Ismail
6. Jamilah binti Mohd Yusof
7. Hafiz bin Md Nor

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah serta diikuti bacaan doa.

2. Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Jamilah binti Mohd  Yusof dan lafaz Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Murid, adik Nurin Adlina binti Hassan.

Laporan Guru Bertugas (Puan Astina)

1. Disiplin murid sepanjang minggu lepas dalam keadaan yang memuaskan.

2.  Keceriaan Kelas:-

PPKI

Pertama : Archery
Kedua    : Soccer
Ketiga    : Squash

Tahun 4

Pertama : Elektrum
Kedua    : Vanadium
Ketiga    : Kuprum

Tahun 5

Pertama : Nafiri
Kedua    : Kompang
Ketiga    : Angklung

Tahun 6

Pertama : Respiratori
Kedua    : Radiologi
Ketiga    : Patologi

Ucapan Guru Bertugas (Puan Jamilah binti Mohd Yusof )

1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Tema : Saya anak Malaysia

  • Sebagai rakyat kita perlu ambil tahu tentang sejarah negara Malaysia. 
  • Tunku Abdul Rahman bersama rakan-rakannya telah memperjuangkan kemerdekaan sehingga ke London.
  • Beliau dan ahli rombongan telah berjaya mencapai persetujuan untuk mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu. Hasilnya, pada 31 Ogos 1957 telah bergema laungan MERDEKA di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh seluruh rakyat.
  • Pada 31 Ogos 1963, satu persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia terpaksa ditangguhkan.  
  • Nama negara telah bertukar secara rasminya kepada MALAYSIA pada tanggal 16 September 1963. 

Perkataan Lawad

Bahasa Melayu   : Ada bakat
Bahasa Inggeris  : Appear    - Muncul
Bahasa Arab       : Musjidun - Masjid

Ucapan Penyelaras Tahun 6 (Puan Zailezah binti Sardi )

1. Percubaan UPSR
  • Peperiksaan Percubaan UPSR 1 telah dijalankan dan keputusan yang diperolehi menunjukkan peningkatan.
  • Pihak sekolah berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan tersebut. Oleh itu penghargaan ini akan diberikan kepada murid-murid yang mendapat 6A dan 5A dalam percubaan kali ini.
  • Hadiah disampaikan oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar dan diiringi oleh Puan Azizah binti Mokhlas, PK Kurikulum.

Pengumuman Penyelaras Sambutan dan Meraikan Pelajar TKRS dan Pandu Puteri Tunas

  • Ucapan tahniah dan penyampaian penghargaan kepada pelajar TKRS dan Pandu Puteri Tunas atas pencapaian yang membanggakan. (Liputan majlis sambutan sila klik di sini)

Ucapan PK Pentadbiran (Puan Azizah binti Mokhlas )

  • Ucapan Tahniah kepada pelajar tahun 6 yang mencapai 6A dan 5A yang telah menerima  penghargaan. Semua pelajar perlu belajar dan datang ke sekolah setiap hari.
  • Pada hari Jumaat  31 Ogos 2018 adalah hari cuti sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-61.

Ucapan Puan Azizah binti Mokhlas, PK Kurikulum



Murid-murid yang mendapat 6A & 5A dalam percubaan UPSR 

Guru pengiring UB TKRS dan Pandu Puteri Tunas


No comments:

Post a Comment