Wednesday, August 8, 2018

Pertandingan Kompang Selawat Sekolah-Sekolah Rendah KPM Peringkat Daerah Sepang tahun 2018

Alhamdulillah dan sekalung tahniah buat pasukan kompang selawat SK Taman Putra Perdana kerana telah mendapat NAIB JOHAN dalam Pertandingan Kompang Selawat Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2018.

Pertandingan Kompang Selawat ini telah diadakan pada 24 Julai 2018 (Selasa) dan SK Taman Pantai Sepang Putra telah terpilih sebagai tuan rumah. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh PPD Sepang.

Pasukan kompang selawat SKTPP yang diberi nama MASYHUR WIJDAANI bermaksud Cahaya Sanubari yang Masyhur dianggotai seramai 13 orang termasuk simpanan.
Mereka yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Muhammad Nur Firas Edryan bin Mohd Nuridzuan (5 Rebana)
2. Nur Rafa bin Ahmad Fahmi (5 Rebana)
3. Airiel Danish bin Hairi (5 Seruling)
4. Muhammad Hadeef Rusyaidi bin Mohd Haneef (5 Seruling)
5. Muhammad Dani Akmal bin Syamsul Hidayat (5 Nafiri)
6. Aleef Qawiem bin Arzeky (5 Nafiri)
7. Muhammad Anas Nurhaziq bin Abd Malik
(5 Nafiri)
8. Shahir Izuddin bin Norizan (5 Nafiri)
9. Muhammad Syahmi bin Shahabuddin
(4 Kuprum)
10. Muhammad Huzaifah Solihin bin Fazly Zaimie (4 Magnesium)
11. Adam Hakim bin Abdullah (4 Platinum)
12. Muhammad Farid bin Aripuddin (4 Platinum)
13. Muhammad Adib Fakhri bin Muliadi
(4 Magnesium)

Pertandingan dimulakan jam 9.00 pagi selepas semua sekolah yang menyertai tiba dan membuat undian giliran. Pertandingan tamat jam 11.00 pagi dan diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan bersurai jam 12.00 tengah hari.

Pasukan Kompang Selawat Masyhur Wijdaani telah dilatih di bawah bimbingan jurulatih :

1. Pn Astina bt Mahad Nor (Guru Muzik)
2. Pn Umi Nazrah bt Saharoni
3. Pn Safinatunajakh bt Mat Som
4. En Muhammad Saiffol bin Ngabiah

Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan kompang selawat bagi tahun ini. Walaupun baru dilatih oleh para jurulatih namun, dengan sokongan serta kerjasama yang padu dari pihak sekolah terutama Guru Besar Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali dan ibu bapa, maka pasukan Masyhur Wijdaani mencapai kejayaan yang pastinya terakam manis dalam kenangan pencapaian sekolah. Semoga pasukan kompang selawat Masyhur Wijdaani terus melakar kejayaan pada masa akan datang, insyaallah.

Jazakumullahkhairkathira.


Pasukan Masyhur Wijdaani bergambar sebelum bertolak ke SK Taman Pantai Sepang Putra.

Sekitar pertandingan berlangsung dan merakam gambar bersama para peserta Kompang Selawat.

Majlis Penyampaian Hadiah & sesi bergambar bersama Penolong PPD j-QAF Ust. Mohd Faizal bin Husin.

Kenangan manis santai bersama para jurulatih & anak-anak Masyhur Wijdaani.

No comments:

Post a Comment