Monday, August 6, 2018

Program Guru Penyayang: Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Jun dan Julai

Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid untuk bulan Jun dan Julai 2018 telah berlangsung seperti biasa. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Guru Penyayang, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Aktiviti yang diadakan pada setiap permulaan sesi persekolahan ini telah menyaksikan komitmen para guru untuk menyambut kehadiran murid-murid dengan senyuman dan ucapan-ucapan kasih sayang. Aktiviti ini merangkumi kedua-dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. 

Syabas diucapkan kepada semua guru yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini. Semoga semua guru terus istiqamah dalam menyambut huluran tangan si kecil pada awal pagi dan tengah hari. Andai senyuman itu satu sedekah maka hadiahkanlah senyuman yang paling indah untuk tatapan mata anak-anak didik kita.

Sedikit perkongsian nostalgia indah sepanjang aktiviti ini dilaksanakan.












No comments:

Post a Comment